KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 21, 2008

BPR cuba tutup mulut Dato' Yong

Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam memulakan siasatan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan wang lebih RM5 juta hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri itu.

Siasatan itu dibuat berikutan pendedahan bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd, Datuk Wasli Mohd Said ketika pemeriksaan utama dalam perbicaraan kes terhadap bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gadam, di Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin. - utusanmeloya
Kalau dulu DS Anwar di sabitkan dengan isu rasuah dan penyalahgunaankuasa, kini mangsa terbaru adalah Datuk Yong Teck Lee. Kes Rasuah 5 juta ini terbongkar setelah Dr Yong membuat Sidang akhbar berkenaan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dollah Badawi.

Sebenarnya, tektik yang sama di gunakan kepada sesiapa sahaja yang cuba untuk menentang seseorang pemimpin itu. Kalau DS Anwar merbahaya kepada Mahathir, Yong Teck Lee pula ancaman kepada Dollah. Dan ini lah akibat.

Senjata serampang dua mata. Mengenakan tindakan dan membuat ugutan. Kepada sesiapa yang bersubahat dan mahu bersama ... ini lah yang bakal kamu terima. Apa kata Dato' Yong?
"Saya hairan dengan suasana masa kenyataan itu dibuat. Saya rasa sasaran pertamanya ialah saya dan keduanya ini adalah amaran kepada yang lain. Ada perumpamaan menyebut 'sembelih ayam sebagai amaran kepada monyet-monyet', jadi saya ayam yang kena potong dan monyet-monyet lain jangan ikut.

"Kenyataan BPR itu nak buat orang takut dan ini tidak sihat untuk negara. Ini kes sejak 12 tahun lalu, mengapa sekarang baru ditimbulkan dan bukan minggu lalu," katanya. -Bharian
Disini ... BPR terus menjadi alat untuk menutup mulut mangsa dengan membongkar kes yang besangkutan.

Kita tahu masih ada banyak lapuran yang telah dibuat oleh pelbagai pihak. Baik rakyat, majikan, kakitangan ataupun parti politik. Kebanyakan kes ini disiasat dan akhirnya di bawa ke atas untuk pendakwaan. Yang bawa menafaat akan diteruskan. Yang perlu disimpan ... akan di simpan. Kalau menjadi ancaman, fail ini akan menjadi senjata. Tak hairan kalau tiada tindakan oleh pihak berwajib sedangkan lapuran berserta bukti sudah pun di serahkan ..... Satu lagi contoh jelas,
I have further been reliably informed that Prime Minister, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi has received a written report from the Military Intelligence confirming what I have revealed above and that the report was subsequently handed over to his son-in-law, Khairy Jamaluddin, for safe-keeping. - Raja petra's declaration
Akibat semua kes siasatan dan lapuran pihak berkuasa yang dihantar terus ke pihak atasan, maka bukan lah perkara pelik kalau ada pemimpin yang dulunya keras ... tiba tiba jadi lembik. Lantaran itu ... ini lah yang berlaku kepada Najib,
umno selangor najib muhyiddin event anti pak lah banners 160408 05Dr Mahathir, yang sering menyalahkan perdana menteri, menganggap Najib "lemah dan pengecut" kerana enggan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tanggungjawab susulan kemerosotan BN baru-baru ini. - Malaysiakini
Pada pihak berkuasa .... mereka di tubuhkan untuk apa? Adakah untuk mempertahankan kejahatan pemimpin atau menjadikan negara lebih aman dan tenteram? Untuk rakyat mungkin sekadar buat kerja percuma. Lapurkan sebarang kes untuk kepentingan politik diorang.

Kalau PM kata nak ubah semua agensi dan penguatkuasa menjadi lebih telus .... aku adalah orang yang pertama termuntah muntah kerana bohong mereka adalah bohong yang sama pada setiap masa.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive