KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 21, 2008

"Tak semestinya saya sokong PKR" Mufti Perlis

klpos - KETIKA diminta komen tentang sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, Dr Asri berkata beliau sendiri bukan merupakan penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Walaupun beliau diminta menjadi panelis untuk Wacana Perdana '100 Hari Pakatan Rakyat' pada esok malam di Lundang, Kota Bharu bersama Saifuddin Nasution dan Dr And Aziz Bari, Dr Asri berkata, "apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti."

"Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik," katanya.

Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

"Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?. Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam. Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu," jelasnya.... selanjutnya

berita sebelumnya - "Beri 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti" Mufti Perlis

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive