KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jun 21, 2008

Minyak: Protes PKR S'gor gagal

petrol hike 30 cents 280206 khairul anuar ahmad zainudinmalaysiakini - Angkatan Muda (AMK) PKR Selangor merancang mengadakan 10 bantahan serentak selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negeri tetapi tiada sambutan.

Tinjauan Malaysiakini di masjid negeri di Shah Alam menunjukkan tiada sesiapa hadir, manakala di sebuah masjid di Ampang, hanya empat orang kelihatan mengangkat sepanduk bantahan.

Berbeza dengan sambutan 2,000 penyokong pembangkang dalam demonstrasi Jumaat minggu lalu yang diketuai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, bantahan pergerakan muda PKR disertai tidak sampai 100 orang.

Menurut kenyataan ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainudin semalam, masjid-masjid yang bakal menyaksikan protes pada hari ini ialah: masjid Kampung Melayu Ampang, masjid Hasanah di Bandar Baru Bangi, masjid simpang tiga di Gombak, masjid Kajang, masjid Sekincan, masjid negeri di Shah Alam, masjid bandar baru Sungai Buloh, masjid Hulu Bernam, masjid Bukit Naga di Seksyen 32, Shah Alam dan masjid di Damansara Utama.... selanjutnya.

NoumnO - nak bagi komen sikit kat PKR ni...kalau nak cerita pasal ceramah dan perhimpunan, kena belajar dengan PAS. Kalau anjuran PAS, manusia berduyun duyun orang datang. Kena belajar FORMULAnya. Kena ingat jugak, negeri di bawah Pakatan Rakyat...maka PAKATAN lah dia. Tak perlu buat sendiri sendiri, kang kena kutuk pulak bila tak der sambutan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive