harakahdaily - [...] Begitulah ungkapan yang timbul apabila Kes keselamatan semakin menjadi-jadi di beberapa buah IPTA akhir-akhir ini.
Kes terbaru berlaku semalam, 19 Jun, dalam satu kejadian rompakan di UKM.
Menurut sumber, sekumpulan tujuh lelaki yang menyamar sebagai anggota polis merompak wang tunai RM350,000 dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) CIMB Bank.
Ia seakan-akan mengimbau kembali peristiwa yang berlaku di Kompleks Perdana Siswa Universiti Malaya (UM) pada 28 Januari tahun lalu.
Dalam kes tersebut, sekumpulan lelaki yang dikenali sebagai geng Deva mengaku bersalah merompak wang tunai bernilai RM2.19 juta daripada pengawal keselamatan kira-kira pukul 1.40 petang di Kompleks Perdana Siswa UM.
Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada Harakahdaily, sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) melihat isu keselamatan di UKM perlu dipertingkatkan lagi.
Menurut jurucakapnya, Ahmad Ali Abdullah, kes-kes tersebut adalah merupakan antara kes-kes lain yang berlaku di UKM sejak kebelakangan ini, selain kes samun, orang minyak dan curi motorsikal yang kerap kali berlaku di UKM.... selanjutnya.
Jun 21, 2008
Gabungan mahasiswa dakwa UKM bukan lagi tempat selamat
Labels: UKM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment