malaysiakini - Kira-kira 2,000 ketua cawangan di Johor akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama dua hari, mulai esok.
Majlis bersama pemimpin itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Johor mempunyai bahagian terbanyak - 26 bahagian - dengan 2,013 cawangan dan jumlah ahli teramai - 446,189 orang.
Beberapa pemimpin bahagian Umno di Johor ketika dihubungi mengesahkan pertemuan tersebut dibuat atas jemputan Abdullah yang juga presiden Umno.
Pemerhati politk melihatnya sebagai satu perkembangan yang menarik kerana pertemuan itu diadakan kira-kira sebulan daripada tarikh mesyuarat cawangan bermula pada 17 Julai depan.
Johor adalah antara negeri yang dianggap 'bergolak' selepas Umno kalah teruk dalam pilihanraya umum lalu.... selanjutnya.
Jun 21, 2008
2,000 ketua cawangan Umno Johor jumpa PM
Labels: Dollah Pening
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment