malaysiakini | ....Timbalan pendakwaraya, Roslan Abu Bakar kemudian memohon supaya ikat jamin ditetapkan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin. Roslan dibantu oleh DPP Muhammad Iskandar Ahmad.
Roslan juga meminta peguambela yang mewakili Liu supaya menjelaskan usul yang difailkan oleh Liu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Dalam jawapannya Gobind berkata, mahkamah harus membenarkan jaminan peribadi ke atas Liu kerana beliau adalah seorang wakil rakyat dan exco kerajaan Selangor dan kerana itu beliau tidak mungkin melarikan diri.
Berhubung permohonan pelanggannya untuk mengenepikan waran tangkap terhadapnya, Gobind berkata ia akan diserahkan kepada pejabat pendakwaraya sebaik sahaja dokumen-dokumennya di meterai oleh mahkamah.
Gobind kemudiannya mempersoalkan motif pihak pendakwa memutuskan untuk mendakwa Liu setahun selepas insiden berlaku pada 2 November tahun lalu.
Beliau mendakwa wujud niat tidak baik di pihak pendakwa yang membuat pendakwaan terhadap pelanggannya selepas begitu lama.... selanjutnya.
JAWAPAN UNTUK MAMAT QAZAF...
19 minutes ago
0 comments:
Post a Comment