KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Nov 17, 2008

Beri alasan konkrit kenapa bebaskan Razak Baginda - Gobind

MStar |.... Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan.

"Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan).

"Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskanRazak daripada tuduhan tersebut.

Razak merupakan tertuduh ketiga dalam kes pembunuhan Altantuya dibebaskan 31 Oktober lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam setelah Hakim Mohd Zaki mendapati tiada kes prima facie bagi Razak untuk menjawab tuduhan.... selanjutnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive