KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Aug 30, 2008

Is Mahathir really a nice guy?

Rujuk artikel terbaru dari chedet .... SINI
Gua petik sikit

Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.
Bermakna ..... Mahathir tidak akan bersetuju sama sekali dengan Abdullah Badawi.
Baca barisan berikutnya di dalam artikel yang sama ...
Blocking Blogs

1. When a Government makes a promise to the country and then reneges on its promise, then not only will the Government lose credibility but also any respect that the public may have for it.

2. I do not often agree with Malaysia-Today.net and Raja Petra Kamaruddin. He had been sometimes quite irresponsible. But court action had already been taken against him. He is not above the law and if he is found guilty there are already adequate punishment that can be passed against.

3. But to break a promise and to openly show that you can meddle with the security of the internet is to expose a degree of oppressive arrogance worthy of a totalitarian state. - chedet
Entah kenapa ... Aku sukar nak percaya pada kenyataan Mahathir. Mungkin kerap sangat di tipu ketika beliau memerintah.

Kalau serangan Malaysiatoday seperti ini berlaku di zaman pemerintahan Mahathir, apakah yang beliau akan membiarkan Blog ini mengentam pemerintahannya? Masih ingat operasi Lalang? Mahathir boleh menjadi lebih bahaya dari Pak lah sekiranya masih memerintah dan adakah Anwar boleh sebebas sekarang?

Malaysia today pada asasnya menyekat angan angan Najib untuk menjadi Perdana Menteri. Jika Najib menjadi PM, semua orang selamat termasuk Mahathir sendiri. Terlalu banyak serangan yang berlaku membabitkan Najib berbanding Pak Lah. Oleh itu serangan blog di lihat menjadi penghalang untuk Najib menjadi Perdana menteri. Sedangkan kita tahu Najib adalah orang kepercayaan Mahathir untuk menggantikan Pak Lah.

Dan sekiranya Najib gagal menjadi PM, laluan mudah kepada Anwar untuk memerintah. Jika ini berlaku, ianya mimpi buruk bukan sahaja Najib tetapi juga Mahathir. Kerana itu beliau pernah menyatakan kesanggupan beliau untuk berhijrah sekiranya Anwar memerintah.

Maka kenapa .. tiba tiba Mahathir seolah olah memihak kepada Raja Petra dan di dalam masa yang sama menyerang Pak Lah, sedangkan ... usaha menyekat blog kelihatannya lebih kelihatan di lakukan oleh Najib.

Kita lihat antara komen di dalam blog Malaysiatoday
written by avj, August 29, 2008 | 13:46:34
This guy is great, he can see all the mistakes in others,but is blind to his own.Has he forgotten "Operation Lalang". He never fails to amaze me. Hey TDM your days are over and nobody and I mean nobody who knows you for what you are is interested in what you have to say. You and your legacy will soon be dumped in the cesspool of history. Take a rest,and save your breath, you will need it.
Korang ingat mahathir boleh TIBA TIBA BERUBAH menjadi baik?

2 comments:

Hanief said...

Mahathir sekarang cakapny ada filter. Dulu kurang sebab dia ada kuasa.

Cara dia bercakap semuanya ada peluang untuk putar-belit. Macam it looks like me sound like me but not me. Gaya cakap yang ada niat untuk mengelak atau pun menipu.

Anonymous said...

Che Det ni sebenarnya takut Pak Lah mengharamkan blogs dia. Akhbar harian dah di sekat dari liputan meluas Che Det dan sumber dia sekarang hanya blogs. Sekat Raja Petra, lambat laun sekat Che Det juga.

Bukan senang orang terkutuk macam Che Det nak balik ke pangkal jalan. Hanya orang orang yang Allah pilih saja mendapat pentunjuk dan hidayah.

Posting terkini

Blog Archive