“Ramai pelarian tersebut hidup dalam tekanan kerana terlalu lama ditahan di pusat tahanan dan menghadapi masa depan yang tidak menentu,” kata Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Burma (MERHROM), Zafar Ahmad Abdul Ghani.
Menurutnya, tindakan berterusan pihak berkuasa menahan pelarian di negara ini mengakibatkan berlaku kesesakan di pusat-pusat tahanan tetapi tiada kemajuan dalam permohonan untuk penempatan semula mereka di negara ketiga.
Akibatnya, tambah beliau, berlakunya rusuhan sepertimana di pusat tahanan imigresen Lenggeng di mana warga Myanmar terbabit bertindak liar dan membakar pejabat pentadbiran.
Pusat itu menempatkan 820 tahanan yang terdiri daripada rakyat Nepal, Vietnam, Indonesia, Kemboja, Sri Lanka dan Thailand kerana memasuki negara tanpa dokumen sah. more...
0 comments:
Post a Comment