KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 23, 2008

GERAKAN TAK KECOH, ALI RUSTAM YANG SIBUK

Kah Choon patut dipecat
Utusan Meloya - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sebagai ahli Gerakan, Kah Choon sepatutnya lebih maklum tindakan itu jelas membelakangkan pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, perbuatan Kah Choon itu menunjukkan beliau telah berpaling tadah kepada Gerakan dan BN.

''Saya rasa beliau seorang yang gemar mengambil peluang demi kepentingan diri, sepatutnya masa parti dalam masalah, kita perlu bersatu dan membaiki masalah yang ada bukannya menambah lagi masalah," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan polis negeri di pejabatnya di Seri Negeri hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kah Choon menerima pelantikan sebagai Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dan Pengerusi investPenang dalam kerajaan negeri yang diterajui DAP.

Menurut Mohd. Ali, BN tidak sepatutnya mempunyai ahli yang berpaling tadah dan membelakangkan ketuanya seperti Kah Choon itu.

''Jadi, saya rasa beliau patut dipecat atau beliau memecat dirinya sendiri, kita tidak perlu ada ahli seperti ini dalam parti.

''Biasalah, dalam parti mesti ada senang dan susah, kalau parti susah kita kena ada bersama-sama parti bukan lompat sana,'' ujarnya. more...

Berita lain:
Kah Choon perlu kemuka surat tunjuk sebab - Tsu Koon
Kah Choon sedia kena tindakan

1 comments:

*baris21* said...

camtu pun boleh ker!..Lekeh betullah nak bising2 watper..kalau org tue berkelayakan, berkualiti, bersih cekap dan amanah..apa salahnya kerajaan NEgeri lanTik dia...JUMUD lagik banggang betullah..TAhNIah Kerajaan Pulau Pinang yg telah Keluar dari Kotak KunO UMNO..pas nie lantik lagik dorang banyak2 kalau dorang berkualiti beramanah..TAk salah! terUSKAN..

coba sorang calonkan MP barisan RAkyat jadik PM..mesti ramai yg sokong skang nie..ageggege

BAris21

Posting terkini

Blog Archive