buletinonline - (...) Ketiadaan sokongan dari mana-mana pihak UMNO Terengganu dilihat kerana Perdana Menteri telah menafikan kenyataan Mad Said dengan membuat respon “Wang Ehsan Banyak Bantu Rakyat Terengganu”
Ini adalah kali kedua UMNO Terengganu berbelah bahagi diantara menyokong Mad Said (pimpinan UMNO Terengganu) atau menyokong Perdana Menteri (Pimpinan UMO Pusat).
Sebelum ini keadaan yang serupa berlaku apabila Terengganu menghadapi kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.
Mad Said yang dilantik sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) yang mewakili Sultan Terengganu telah ditentang oleh 22 orang wakil-wakil rakyat Terengganu termasuk Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sabri Alwi yang turut menyertai kumpulan tersebut.
PAS konsisten didalam menyokong apa-apa isu yang memberikan kebaikan kepada rakyat, termasuk menyokong pelantikan Mad Said oleh MPPR dan tuntutan kembali royalti walaupun Mad Said adalah kepimpinan UMNO Terengganu.
Tindakan Mad Said meminta kerajaan Pusat serah kembali royalti minyak adalah membawa hasrat istana Terengganu dan mandat rakyat umum Terengganu. more...
Dengar sampai habis betul lah tu apa kata Lokman adam
7 minutes ago
0 comments:
Post a Comment