bernama - "Jika anda boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya untuk hakim, dan kini mahu membentuk suruhanjaya anti rasuah, mengapa tidak boleh dibentuk suruhanjaya untuk Umno?," kata beliau, dan menambah UMNO perlu terus bergerak ke depan.
"Saya selalu kata sistem kuota mesti dihapuskan. Kewujudan terlalu banyak rangkaian pemimpin dalam Umno di peringkat negeri harus juga disemak, agar kita tidak terpaksa melayani kehendak terlalu ramai bos bila pilihan raya diadakan," kata veteran politik itu dalam apabila ditemuramah oleh Bernama.
Rais, 66, merujuk kepada sistem kuota yang mensyaratkan setiap pemimpin yang ingin bertanding jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden atau anggota MT, mesti mendapat bilangan pencalonan tertentu dari bahagian-bahagian Umno.
"Ini saya fikir sukar diterima oleh sesetengah pihak, kita mesti lahirkan apa yang kita percaya. Tapi, saya tidak menyalahkan sesiapa, sistemnya mesti adil," kata beliau.
Diminta mengulas desakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan menerima tanggungjawab atas prestasi merosot BN dalam pilihan raya umum itu, Rais berkata ini bukan masa untuk berbalah tetapi untuk bekerja.
"Ini masa untuk memaaf dan melupakan (yang lalu). Setiap orang punya suara hati untuk dilaksana dan diperkatakan dengan lantang. more...
Apr 23, 2008
Tubuh Suruhanjaya 'Perbetul' Umno, Kata Rais
Labels: Badut UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment