KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 20, 2008

Kumpulan Najib cuba jerat Abdullah guna isu peralihan kuasa

Harakahdaily - Selepas tsunami pilihan raya melanda 8 Mac lalu, Umno kini sedang berdepan pula dengan pergolakan 'rumah tangga' apabila kumpulan Datuk Seri Najib Razak berjaya mencetuskan isu peralihan kuasa.

Ramai berhujah Perdana Menteri cuba diperangkap dalam isu peralihan kuasa.

Namun, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap berjaya mengesan awal taktik tersebut. Ini dibuktikan apabila beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu desakan peralihan kuasa.

Lalu dijawabnya perkara itu hanya akan difikirkan selepas perhimpunan agung Umno Disember depan.

Pengarah Strategik KeADILan, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa beberapa perjumpaan post mortem pilihan raya Umno di beberapa negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Johor secara jelas meminta Perdana Menteri berundur.

Katanya, berdasar kepada maklumat yang diterima mereka mahu peluang kepada Najib untuk menerajui kepemimpinan negara dipercepatkan.

"Dalam satu perjumpaan post mortem pilihan raya Badan Perhubungan Umno Kedah yang turut dihadiri Najib, Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita Umno, Dato' Seri Rafidah Aziz dan Ketua Puteri Umno, Dato' Noraini Ahmad di mana kesemua ketua bahagian di Kedah mendesak supaya Perdana Menteri berundur. more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive