Geng rompak, samun kediaman VIP tumpas
Bharian - Satu sindiket dianggotai warga asing yang dipercayai terbabit dalam tidak kurang daripada 20 kes pecah rumah dan samun, termasuk membabitkan rumah orang kenamaan di bandar raya ini berjaya ditumpaskan dalam Operasi Bersepadu dilancarkan Polis Kuching, awal pagi semalam.
Operasi serbuan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang dengan 57 anggota itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata, termasuk dua pucuk revolver jenis .38 buatan sendiri dan sembilan butir peluru saiz .38
Sembilan suspek warga negara jiran berusia antara 20-an dan 30-an ditangkap dalam serbuan antara jam 2.30 pagi hingga 6 pagi itu, yang dilakukan di sebuah rumah kongsi di belakang MJC, Batu Kawa, dekat sini.
Operasi serbuan diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Fauzi Bujang dengan 57 anggota itu turut membawa kepada rampasan pelbagai jenis senjata, termasuk dua pucuk revolver jenis .38 buatan sendiri dan sembilan butir peluru saiz .38.
Turut dirampas adalah sepucuk pistol mainan yang menyerupai pistol sebenar, satu senapang ikan, sebilah kapak, sebilah parang panjang, enam pisau pelbagai saiz, satu teropong yang boleh digunakan untuk jarak jauh, topeng ski, dua topi besbol, satu jaket hitam, satu beg oren, satu beg hitam, dua gulung pita penutup hijau dan dua gulung pita penutup coklat.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Abdul Rahman Hussain, berkata bertindak daripada maklumat awam, polis mengepung rumah kongsi terbabit mulai jam 2 pagi semalam sebelum menyerbu tingkat atas rumah kongsi kayu dua tingkat itu pada jam 2.30 pagi.
Beliau berkata, polis menangkap empat suspek di tingkat atas rumah kongsi itu dan hasil pemeriksaan lanjut, polis menahan lima lagi suspek yang bersembunyi di bawah lantai tingkat bawah rumah kongsi berkenaan.
0 comments:
Post a Comment