radenjowo
Khir toyo berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah pada 9/4/2008 yang lepas dan kembali ke tanah air pada 18/4/2008. Tempoh lebih kurang seminggu berada di Mekah. Tak tau apa doanya dan sekembali beliau ke tanah air, beliau telah menulis satu artikel yang gemparkan mahkluk makhluk di Malaysia.
MENGGEMPARKAN !!!!
Haha....bukan tentang politik kerana politik selalu boleh berubah ubah. Ikut masa depan. Kalau rasa tak selamat....lompat. Kalau ok....duduk diam diam, kutip semua untung dan hasil. tapi wak nampak perkara yang berbeza.
Wak Khir Toyo dah boleh MERAMAL MASA DEPAN ... !!!!
Tak caya bacakan .... mungkin 'copy' dan 'paste' kerja senang. Tapi wak malas nak buat....atau wak orang paling last baca artikel Khir toyo....so korang nak rujuk, sila KLIK Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh
Senario Semasa Politik Negara
Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku:
Senario Pertama
Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak.
Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya. more...
So...sapa sapa yang hilang anak atau isteri, boleh la jumpa Khir Toyo. Minta ramalkan dimana kah mereka berada? Tapi nasihat ini bukan untuk orang yang kaki nombor ye.... Korang jangan fikir bukan bukan. Nanti ada pulak yang bawa keris lama ke rumah dia.
0 comments:
Post a Comment