UMNO DAN BABI ... mana yang perlu dieksport?
CHINA BELI BABI MALAYSIA
Sekumpulan ahli perniagaan China baru-baru ini mengemukakan cadangan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport daging babi ke republik tersebut.
Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan itu dibuat kerana harga daging babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia.
dan serangan itu, secepat kilat dipintas oleh MB Selangor dengan kenyataan berikut,
Selangor tidak berhasrat jadi pengesport babi, kata Khalid IbrahimHakikat sebenar, Babi adalah jelas haram. Dah diajar sejak kecil dan sekarang pun kalau melintas lori membawa babi, boleh muntah dibuatnya. Tapi berlainan dengan maksiat, sosial, aurat, rasuah, todi@arak dan judi.
"Kita tidak berminat untuk menjadikan Selangor pusat pengeksport khinzir (babi) walaupun ia menguntungkan," katanya ketika menjawab soalan sama ada kerajaan Selangor berminat atau tidak mengeksport babi ke negara China.
Bukan jenerasi muda sahaja mahu mencuba, malah pemimpin pun masih terus lakukannya. Itu mentaliti rakyat Malaysia yang berbudaya dan dididik untuk terima sebahagian besar dari benda haram untuk jadikan budaya. Diharam, tapi tak jelas. Mufti kata lain, UMNO kata lain. Akhirnya rakyat keliru. Bila tanya joget boleh ke? Boleh kot. Bila tanya nyanyi boleh ke? Haram tapi boleh. Bila tanya pegang tangan bukan muhrim boleh ke? Haram tapi menteri pun buat. Tanya lagi, pemimpin tak rasuah ke? Tak buat ..... itu komisyen dan bukan rasuah. UMNO tak rasuah ke? Tak mereka cuma berpolitik wang. Keliru dengan istilah. Istilah yang direka untuk halalkan yang haram.
Maka dengan babi kita muntah, dengan maksiat dan benda haram lain, air liur meleleh dan menjejeh jejeh kerana teringin sangat nak lakukan. Pemimpin islam buat, kita pun buat. Tak dapat banyak sikit pun jadi.
Semuanya berpunca dari bentuk dan contoh kepimpinan. Kurangnya larangan, lemah penguatkuasaan dan melencongnya sistem pendidikan. Tukar istilah untuk halalkan yang haram. Maka selama 50 tahun lebih memerintah. Kejayaannya UMNO adalah hanya haramkan BABI. BABI kekal haram sampai hari ini. Tiada istilah berubah. Yang lain, tak berjaya kerana rakyat tak perasan dan pemimpin pun tak ambil peduli.
Sentuh sini, yang lain bising. Sentuh itu, yang sana bising. Maka lebih baik diamkan sahaja untuk terus ada kuasa. Itulah kaedah kepimpinan pemimpin UMNO. Sehingga ada yang fikir, BABI itu haram, tapi duit BABI itu ...... halal kot? Ada pemimpin pun yang tunjuk ibu jari dalam kandang babi kerana ibu jari permulaan bagi ibu segala duit. Dan bila kuasa pindah, mereka berontak meraban raban.
So.....babi, bukan lah ancaman kepada orang Islam. Tidak melencongkan akidah ataupun merosakkan Islam. Kalau hendak dibandingkan UMNO dan BABI, UMNO lebih bahaya kerana tidak jalankan amanah selama memerintah. Babi tak kesah. Makan, minum, beranak dan cukup masa di cucuk leher dan di salai. Babi tak kacau sesiapapun kecuali tabiat binatang yang tiada akal fikiran, najisnya bertabur dan manusia yang sepatutnya kawal. Tapi UMNO selama ini ..... diamkan.
Jadi kalau kita diberikan pilihan, manakah yang perlu dieksport? Babi atau UMNO?
Di Selangor, RM100 juta untuk ternak babi TAPI tak cukup untuk bela UMNO. Kalau negara Cina berhasrat sangat untuk beli barangan Selangor, kita usulkan sahaja UMNO dan bukannya babi. Kalau negara Cina, susah nak bela UMNO, buatkan kandang moden. Di malaysia, kami tak mampu. Besar mana saiz Malaysia, UMNO mahukan kandang sebesar itu.
Ada mentaliti orang UMNO yang beranggapan, kalau tak der UMNO, melayu tak maju, tiada UMNO tiada jalanraya. So....kepada warga UMNO, inilah masa untuk buktikan. Majukan negara Cina dengan sistem jalanraya yang bertol sana sini dan majukan Cina dengan sistem pendidikan kamu.
2 comments:
Salam bro, sila ke laman saya untuk copy penjelasan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat. melalui flyer yang saya dapat di TTDI Jaya. Sebarkan.
http://kamera-bebas.blogspot.com/2008/04/isu-babi-di-selangor.html
Salam
reformasirakyat
www.kamera-bebas.blogspot.com
artikel best..!!!!
dan sya pilih Umno utk dieksport..!!!
Post a Comment