KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 26, 2007

RAKYAT BELASAH JBA?



Rakyat kalau dah sengsara, pemimpin kena jaga jaga. Begitulah yang berlaku pada sekumpulan penduduk di Kampung Bukit Goh yang tidak berpuas hati dengan Jabatan bekalan Air. Kalau mengikut berita yang disiarkan dibawah, menggambarkan bahawa penduduk di sana bersalah kerana memukul anggota JBA. Tetapi berita tidak menyiarkan sebarang maklumat dari pihak orang kampung. Kalau kerana air pun boleh sampai memukul, maka tidak hairan kalau rakyat dah susah akibat kerajaan yang berbohong dan mengkhianat rakyat. Bila rakyat ditekan, macam macam boleh jadi. Tunggu....sampai masa nanti, rakyat akan tahu tembelang pemimpin dan ketika itu pemimpin kena jawab la....

Kakitangan JBA hantar air dipukul penduduk kampung

KUANTAN, 26 Dis - Seorang kakitangan Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang cedera dipukul seorang penduduk kampung di Bukit Goh di sini semalam dipercayai akibat rasa tidak puas hati dengan pengagihan bekalan air.

Azman Mohamad, 31, berkata beliau dipukul dengan kayu di bahagian belakang badan dan tangan ketika menghantar bekalan air di kawasan tersebut yang mengalami masalah gangguan sejak dua minggu lepas.

Katanya ketika beliau sedang mengisi air ke dalam tong di sebuah rumah, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an tiba-tiba datang dari belakang dan terus memukulnya dengan kayu.

``Saya lari ke dalam lori dan mengunci pintu kerana dia juga cuba mencederakan seorang rakan saya yang berada dalam lori,'' katanya kepada pemberita di pejabat JBA di sini.

Azman diberi rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tengku Ampuan Afzan dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Penduduk di kawasan Bukit Goh terpaksa mencatu air untuk kegunaan harian dan hanya bergantung kepada bekalan air dari lori tangki JBA setiap hari sejak dua minggu lepas apabila saluran pam yang membekalkan air bersih ke kawasan itu tersumbat akibat tanah runtuh. |more...|

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive