Setelah beberapa siri Himpunan dan gerakan kebangkitan rakyat, kini BN semakin sibuk untuk menjawab pelbagai isu yang dilontarkan. Walaupun rakyat hanya berhimpun dengan membawa banner bukannya senjata tetapi ternyata itu sudah benar-benar menakutkan Barisan Nasional sehingga sanggup mengunakan ISA bagi menghapuskan musuh-musuh politik mereka.
Tidak cukup dengan itu, kini mereka gunakan blog-blog pro BN dan UMNO untuk menjawab semula isu yang dilontarkan. Blogger Berotak Kambing Hitam ini cuba meraih simpati para blogger dan pelayar internet untuk membaca ‘kisah-kisah pelacuran mereka didalam BN’ .
Malah ada yang sanggup menulis dan memaparkan berita-berita palsu bagi meraih perhatian. Mereka taip sendiri beberapa surat tanpa nama dan kemudiannya di-scan dan upload ke dalam blog. Kononnya surat-surat itu diterima dari bekas ahli yang telah keluar dari PAS atau tidak puas hati dengan pimpinan.
Mereka juga cuba mengoyahkan keyakinan pelayar internet dengan mengungkit-ungkit jasa BN selama 50 tahun dan mempersoalkan jasa-jasa pembangkang. (Maaf! alamat semua blog itu tidak akan dinyatakan disini kerana tak nak bagi promosi percuma kat mereka. Biar rating pembaca mereka ‘0′, boikot je kalu jumpa. Biar mereka tulis tapi tak ada orang tahu dan baca apa yang mereka tulis..buang masa sahaja)
0 comments:
Post a Comment