KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Dec 26, 2007

POLIS JADI PENGADIL PUN BAWA PISTOL?

Terkejut juga mendengar berita malam tagi di TV, Polis menjadi pengadil bolasepak mengeluarkan pistol apabila diserbu?

Aku rujuk berita pagi ini.....memang ada,

ADUN Rengit nafi terbabit pertandingan bola sepak (utusan Meloya)

‘‘Dewan Undangan Negeri (DUN) Rengit tidak terlibat secara langsung dalam pertandingan berkenaan dan saya sendiri tidak diberitahu atau dijemput untuk menghadiri pertandingan itu,” jelasnya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam kejadian kelmarin, seorang pengadil yang bertugas sebagai anggota trafik Bukit Aman terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran selepas diserang para penyokong dan pemain yang tidak berpuas hati apabila kad merah dilayangkan kepada seorang pemain.

Difahamkan, selepas melayangkan kad merah kepada seorang pemain, pengadil berkenaan dikerumuni sekumpulan penyokong dan beberapa pemain ketika pasukan Kampung Bumiputra Rengit F.C melawan Rejo Sari F.C. |more...|

Lucu dan kekadang peristiwa sebegini memberikan kita sedikit amaran bahawa kemana sahaja polis pergi, pistol menjadi pendinding. Mungkin sudah terbiasa menggunakan kuasa atau sudah selalu menyalahgunakan kuasa. Akibatnya, ketika menjadi pengadil pun perlu ada pistol di bawa bersama. Fobia atau paranoid dengan keadaan sekarang, pantang ada orang serbu, maka pistol dikeluarkan. Silap haribulan, tembak orang. Bawa pistol dah kira baik, jangan bawa C4 untuk jaga keselamatan.

Bayangkan kalau polis menjadi artis, diserbu oleh peminat pun perlu hati hati, bimbang artis keluarkan pistol.

Mungkin POlis dah cukup bimbang atau sengaja mahu tunjuk POWER, Kemana sahaja boleh bawa pistol dan peristiwa Batu Burok adalah klimaks pada penggunaan kuasa mereka. Keluar pistol, tembak orang. Rendahnya mentaliti Polis Malaysia.

Dalam kejadian kelmarin, seorang pengadil yang bertugas sebagai anggota trafik Bukit Aman terpaksa melepaskan dua das tembakan amaran selepas diserang para penyokong dan pemain yang tidak berpuas hati apabila kad merah dilayangkan kepada seorang pemain.
Bimbang perlawanan itu dikaitkan dengan UMNO maka Adun UMNO kawasan berkenaan sibuk menafikannya sebelum orang hebah cerita. Kalau perlawanan itu berjaya, keluar berita besar besar biar rakyat tahu. Tak tahu kejadian begini pula yang terjadi, maka pemimpin UMNO pun sibuk buat buat tak tahu.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive