KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

LEMBU PUN TAK SUKA KEMPEN UMNO


Normala Samsudin Dikejar Lembu Semasa Bantu Kempen Pilihan Raya
bernama.

PADANG BESAR, 2 Mac (Bernama) -- Macam-macam hal berlaku sepanjang kempen pilihan raya umum di Perlis dan hari ini isteri Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datin Seri Normala Samsuddin terpaksa membuka langkah seribu apabila dikejar seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat sini.

Kejadian dilaporkan berlaku pukul 11.15 pagi apabila bekas personaliti TV3 itu mengetuai kira-kira 30 anggota Puteri Umno bahagian Padang Besar sedang dalam kempen merayu undi dari rumah ke rumah di kampung tradisional itu.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.

Jurugambar Bernama, Kassim Saad yang sempat merakamkan peristiwa itu berkata terdapat beberapa ekor lembu di kawasan berkenaan namun hanya seekor yang kelihatan agak agresif.

Semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.

Peristiwa lain yang turut berlaku sepanjang kempen pilihan raya bermula seminggu lepas termasuk tragedi malang yang menimpa calon PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, yang terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.

Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.

Kejadian dua wartawan yang dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihan raya umum ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive