KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

BN atur 80,000 pengundi luar mengundi di Terengganu

RM18,000 derma kilat di Marang
malaysiakini

PAS berjaya mengutip lebih RM18,000 dalam ceramah besar di Kampung Pengadang Baru dekat Kuala Terengganu malam tadi.

hadi awang 010807 Ceramah tersebut dihadiri oleh barisan pemimpin utama parti itu – mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, naib presiden Mohamad Sabu dan pesuruhjaya Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Selain untuk kempen, ceramah besar-besaran itu diadakan dipercayai sebagai persediaan awal parti itu berdepan dengan kempen BN yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi tadi.

Ceramah PAS diadakan di kawasan parlimen Marang yang ditandingi oleh Abdul Hadi dan juga kawasan DUN Alor Limbat yang ditandingi Mustafa.

Kira-kira 5,000 penyokong parti Islam itu menghadirinya yang menyebabkan kesesakan lalulintas sekurang-kurangnya satu kilometer dari tempat ceramah.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan bahawa seseorang boleh mengumpat calon-calon bertanding sepanjang tempoh berkempen dalam pilihanraya umum.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata mendedahkan kelemahan dan keaiban calon bertanding dibolehkan dalam Islam kerana urusan itu memerlukan tanggungjawab dan ketelusan yang tinggi.

Beliau juga membandingkan kebenaran Islam mendedahkan keaiban calon isteri atau tuning kerana urusan perkahwinan.

'Dedah kelemahan'

Semalam, Abdul Hadi berkatanya, di sisi agama, ulama-ulama fekah merumuskan bahawa dalam keadaan-keadaan tertentu mengumpat boleh menjadi wajib dan pada waktu-waktu tertentu mengumpat boleh pula menjadi haram.

nik aziz 01 Nik Aziz, yang bersetuju dengan hujah Abdul Hadi itu, berkata mengumpat dibolehkan semasa berkempen.

"Ada masanya kita boleh mengumpat. Sama seperti sunat berbohong. Orang Umno kenalah belajar agama sikit," katanya.

Abdul Hadi juga berkata pemimpin-pemimpin Umno sengaja memperbesar-besarkan isu keengganannya bersalam dengan calon BN di parlimen itu, Datuk Dr Ahmad Ramzi Muhammad Zubir, pada hari penaman calon Ahad lalu.

"Tiap-tiap hari, akhbar memainkan isu saya enggan bersalam dengan Dr Ahmad Ramzi tetapi perkara sebenarnya ketika itu tiada orang hulur tangan, bagaimana saya hendak bersalam?

"Saya dengar pemberita kata mahu ambil gambar selepas saya selesai buat sidang media tetapi tiada orang yang hulur tangan kepada saya," katanya.

mustafa ali 02 Sebelum itu, Mustafa mendakwa, beliau mendapat tahu bahawa ada usaha untuk membawa masuk kira-kira 80,000 pengundi luar untuk mengundi di Terengganu pada 8 Mac ini.

Langkah ini satu usaha jahat pihak tertentu untuk memastikan BN terus menang dalam pilihanraya umum kali ini, tambahnya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive