KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

PUTRAJAYA ... PEMBANGUNAN TERGESA GESA BN

http://www.advice.co.ke/images/pics/putrajaya.jpg

Rasanya semua orang yang pernah berkunjung ke Putra jaya akan menemui masalah yang sama. Namun pendapat dan penelitian bergantung kepada kebijaksaan di dalam menilai sesuatu itu, tanpa dipengaruhi dengan semangat parti yang TOK TOK. Tunggul pun boleh jadi PM, Busut pun boleh jadi menteri. Apa yang BN buat semuanya bagus .... walaupun sebenarnya HANCUS.


Berikut adalah surat yang dihantar oleh pembaca kepada Agendadaily (Website Pro BN)

Surat kepada GENDOLDAILY

Sdr Pengarang,

Baru-baru ini saya ke Putrajaya kerana menyelesaikan urusan dengan Jabatan Imigresen. Sebelum sampai ke Jabatan Imigresen, saya melalui beberapa jabatan kerajaan yang lain, termasuklah Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Apa yang membuatkan saya terpanggil untuk menulis kepada Tuan Pengarang ialah tentang tempat letak kereta yang tidak disediakan untuk orang awam yang datang berusuran

Di KKDN, saya lihat kenderaan orang ramai berbarisan di tepi jalan utama menghala ke pejabat Perdana Menteri.

Apabila melalui Masjid Putrajaya pula, lagi lawak melihat puluhan kereta diletakkan di laluan ‘round-about’. Begitu juga di tepi round-about berkenaan terdapat beberapa buah bas pula yang bergelimpangan.

Apabila sampai di Jabatan Imigresen, saya garu kepala. Walaupun boleh memandu, tetapi saya berkerusi roda dan tak tahu di mana hendak meletakkan kereta kerana jangankan nak jumpa parker untuk orang kurang upaya, parker untuk orang berupayapun tak ada.

Akhirnya saya ikut sahaja orang yang terdahulu iaitu meletakkan kereta di tepi jalan termasuk di depan lampu isyarat. Nak buat macam mana lagi?

Selesai urusan, saya menghala pula ke Kementerian Pelajaran dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. Di sini lagi teruk. Dahlah tak ada parker, tak boleh pula parking di bahu jalan kerana ada kon dan polis bantuan mengawal.

Saya cukup hairan, kenapa Putrajaya sebagai sebuah kompleks pentadbiran kerajaan,yang moden tidak mengambilkira, keperluan meletak kenderaan? Tanah cukup lapang. Puluhan ribu kenderaan boleh diletak jika ada kawasan letak kereta yang sesuai dan berdekatan dengan pejabat yang hendak dikunjungi.

Menyediakan parker yang jauh dari pejabat yang hendak dikunjungi hanyalah ibarat melepaskan batuk di tepi tangga.


Putra yang tak berjaya

Seremban NS

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive