anakbangi.blogspot
8 Mac kian hampir.Perang poster makin rancak.Golongan belia disaran terjun membantu dan mengerah tenaga.Pilihanraya kali ini menampakkan sebilangan besar beliawan negara melibatkan sama dalam arena politik tanah air.Kalau Aziz rahim,kepala rempit negara menggunakan mat-mat rempit sebagai balachi mereka,di barisan alternatif menampakkan sebilangan besar mahasiswa bersama mereka.Barisan Nasional makin risau akan fenomena sebegini lebih-lebih lagi jika keterlibatan dan suara dari mahasiswa-mahasiswi negara yang boleh merubah kedudukan dan pengaruh mereka.Maka setiap universiti dikerah untuk mencari pelajar-pelajar mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membantu kempen di pihak barisan alternatif.Tetapi tidak di pihak Barisan Nasional.Ironinya,mahasiswa sekarang mempunyai pemikiran yang luas dan pembacaan yang adil,mana mungkin fakta dan sejarah dirubah oleh Barisan Nasional lebih lagi peristiwa kekejaman dan kezaliman berlaku di hadapan mata mereka sendiri.
Oleh sebab faktor ketakutan,kempen dari Barisan Nasional menjangkaui batas tanpa melihat kepada logo neraca mereka menandakan keadilan kononnya.Iklan-iklan di televisyen dan radio dikerah memainkan bodekan dan umpanan mereka kepada masyarakat penonton.Maka akan kayalah tokey-tokey pengiklanan dan penyiar televisyen juga radio menjelang pilihanraya ini hasil menjadi pak turut Barisan Nasional.Barisan Nasional patut sedar,langkah sebegini secara berterusan akan melihatkan kepada dunia keseluruhannya akan ketidakadilan Barisan Nasional yang berat sebelah dalam pilihanraya.Tambah jelas,lama-kelamaan akan memualkan akibat melihat kemesraan,senyuman dan ucapan poyo-poyo dari balachi mereka yang entah berapa bayarannya.Lihat sahaja di jalanan,poster untuk membodek polis lebih cantik dan lebih mahal pengiklanannya dari poster calon yang bertanding.Apakah pihak polis akan dipergunakan untuk menambah pengundi hantu mereka selain nombor siri yang direkodkan?
Kalaupun Barisan Nasional menganggap diri mereka sebagai selamat,adil dan bersih maka apalah salahnya meluluskan ucapan dari pihak barisan alternatif untuk menyuarakan manifesto mereka juga didalam media yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan hatta dari media swasta sekalipun.
Wang adalah segalanya.
Falsafah politik Barisan Nasional mengungkapkan faktor kebendaan semata dalam memacu pentadbiran negara.Ada duit semua boleh jadi,sudah menjadi iktikad dan kepercayaan mereka hatta sudah diracuni pula kepada masyarakat awam yang jahil.Sepatutnya sebagai sebuah badan pemerintah,kerajaan yang ditadbir Barisan Nasinal perlu menekankan perkara penting yang utama kepada masyarakat awam iaitu yang melibatkan akidah kepada Tuhan.Pelik lagi memelikkan,gagasan islam hadhari yang ragu tidak menonjolkan akan laungan yang sering dipentaskan depan khalayak.Kesemuanya hanya retorik semata.
Pelaburan wang yang banyak sempena kempen pilihanraya ini sudah menjadi pertaruhan berani mati Barisan Nasional.Tak usahlah lihat kepada balachi mereka di peringkat bawahan yang hanya sekadar mendapat imbuhan rm40-80 sehari untuk satu kepala bagi tugas memasang bendera,Kalau iya pun,cubalah kira sekiranya didarabkan kepada jumlah individu yang dikerah sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini.Itu belum dilihat kepada iklan-iklan di surat khabar (utusan meloya),televisyen dan radio lagi.Perlu diingat,semua yang dilabur itu mungkin terselit duit rakyat juga.Entah-entah duit rakyat dari poket ahli barisan alternatif sendiri digunakan puak barisan nasional demi keghairahan mereka memastikan kerusi jawatan yang dipertandingkan menjadi milik mereka.Jelas,duit yang tidak diredhai sumbernya maka menjadi haramlah hukumnya.Barisan Nasional melaburkan duit yang banyak untuk seseorang calon mereka tanpa had yang ditetapkan dalam berkempen tanpa melihat kepada amanah,tanggungjawab dan kepayahan bekerja yang akan terbeban di atas bahu mereka dalam metadbir negara.Jika saranan ini dipandang enteng oleh Barisan Nasional,bersedialah untuk mendapat mala petaka yang besar daripada Tuhan apabila memandu rakyat berpaling dari agama islam sendiri.
Mar 2, 2008
Permainan kotor Barisan Nasional
Labels: Belit BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment