dipetik dari GENDOLDAILY
Sah... Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi kawasan Parlimen Kulim Bandar Bharu, Mat Noh Ahmad telah membuat laporan polis terhadap calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zulkifli Nordin kerana didakwa tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004.
Berdasarkan salinan laporan polis yang diterima oleh Agendadaily daripada sumber yang rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) laporan itu menyebut, SPR negeri Kedah telah memaklumkan kepada Mat Noh selaku pegawai pengurus pilihan raya pada 27 Februari 2008. "Saya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya PIlihanraya (SPR) Negeri pada 27 Februari 2008 jam 11.30 pagi berkenaan dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut yang tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang calon PIlihanraya kerana calon tersebut tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 yang lalu yang menyatakan bahawa Zulkifli tidak memenuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang calon pada pilihan raya kali ini kerana calon tersebut tidak mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihanraya 2004 yang lalu kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Negeri. Ini menyalahi peraturan Pilihanraya," demikian kandungan laporan polis berkenaan.
Mar 2, 2008
Laporan polis terhadap Zulkifli Nordin
Labels: Zulkifli Nordin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment