KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

BN guna taktik samseng, KeADILan buat laporan polis

Azamin Amin
rembau nomination khairy 240208 pkr candidateharakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Hrkh) - Calon KeADILan bagi Parlimen Rembau, Badrul Hisham Shaharin yang mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Barisan Nasional (BN) menggunakan 'taktik samseng' untuk memenangi kerusi parlimen tersebut dalam pilihan raya umum kali ini.

Kata Badrul poster kempen partinya telah dikoyak manakala di Rantau pula, penyokong BN bertindak agresif menghalang penyokongnya menaikkan poster kempen.

Ekoran itu, wakil dan penyokong Badrul telah membuat laporan polis baru-baru ini di ibu pejabat polis daerah Rembau.

"Penyokong BN mahu menghalau penyokong kami dan cuba menghalang mereka daripada memasang poster.

"Mereka mendakwa, KeADILan tidak dikehendaki di Rembau dan kawasan tersebut memang selama ini milik BN," dakwa Badrul.

Pertandingan di kerusi Parlimen Rembau menjadi tumpuan ramai kerana ia membabitkan Khairy Jamaluddin, yang merupakan menantu perdana menteri.

Ketika ditanya tentang populariti beliau berbanding Khairy beliau mengakui tidak terkenal sebagaimana lawannya itu.

"Memang saya tidak popular seperti Khairy. Kerana saya bukan menantu Perdana Menteri, saya tidak terpalit dengan tuduhan dan pendedahan keterlibatan sebagai agen asing (menggadaikan kedaulatan negara),

"Dan saya bukan jutawan muda yang mengumpul harta dalam sekelip mata kerana sijil nikah saya...," katanya dalam blognya, chegubard.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun menang dengan majoriti 18,656 undi, menewaskan calon PAS, yang juga merupakan Pengarah Pusat Penyelidikan parti tersebut, Dr Dzulkifli Ahmad.

Bagi Khairy, atau lebih dikenali dengan panggilan KJ, ini adalah kali pertama beliau bertanding dalam pilihan raya umum. Parlimen Rembau mempunyai seramai 61,690 pengundi.

"Khairy terkenal semata-mata kerana hubungan kekeluargaan dengan Abdullah Ahmad Badawi. Inilah yang kita panggil politik kroni dan mendedahkan semua ini dalam risalah kami," katanya kepada Malaysiakini baru-baru ini.

Menurut Badrul lagi, salah satu daripada banyak isu yang dibangkitkan dalam risalah tersebut ialah skandal penggabungan ECM Libra-Avenue yang membabitkan Khairy.

Penggabungan ECM Libra-Avenue menarik perhatian ramai apabila ianya diluluskan oleh Abdullah sejurus selepas Khairy membeli RM9.2 juta saham ECM Libra.

Ia mengundang kecaman hebat kerana Abdullah juga menyelia syarikat-syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan.

Selepas itu, Khairy terpaksa menjual semua sahamnya dalam ECM Libra pada Ogos 2006.

"Kita masih tertanya-tanya bagaimana Khairy mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli saham tersebut? Perkara kedua ialah bagaimana sebuah syarikat kecil seperti ECM Libra boleh bergabung dengan syarikat besar seperti Avenue Capital," tambah Badrul.

Badrul mendakwa, pendedahan tersebut telah menakutkan Khairy dan oleh itu bertindak menggunakan taktik samseng terhadap penyokong dan kempen KeADILan.

Tambahnya, partinya telah mendapat sokongan yang baik daripada akar umbi di Rembau dan berikrar untuk meningkatkan lagi kempennya.

Rembau merupakan kawasa majoriti Melayu (68.9%), diikuti pengundi India (15.8%) dan Cina (15.2%).

Empat kerusi negeri di bawah Parlimen Rembau iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota merupakan kubu kuat BN.

Menteri Besar, Dato' Mohamad Hasan adalah penyandang kerusi Rantau dan bertanding mengekalkan kerusi tersebut, menentang calon KeADILan, Aisah Lamsah. - mks.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive