PENDUDUK SUNGAI SIREH DITIPU BERKALI KALI OLEH UMNO
"3 menteri besar Selangor sudah bertukar. Penduduk Sungai Sireh terus di tipu BN. Kali ini kami undi PAS" begitu lah kata seorang penduduk yang ditemui hari ini. Tanah lot yang dijanjikan oleh Kerajaan Selangor sejak dahulu tidak pernah menjadi milik mereka. Bermula sejak bujang dan sekarang anak mereka sudah pun besar, tetapi bila bila masa mereka akan dipindahkan kalau kerajaan Negeri Selangor mahu memajukan tanah tersebut." kata seorang penduduk.
Sungai Sireh terletak lebih kurang setengah kilometer dari Pelabuhan Kelang. Di bawah kawasan N.45 Selat Kelang. Calun Parlimen yang bakal bertanding adalah Calun PAS, DR Halimah dan Ali melawan calun BN yang sudah masuk 3 penggal, yakni Norliza Ahmad.
Selepas hari pencalunan pada 24 hb lepas, Persiapan Parti Pas, memang berjalan lancar. Diberitahu bahawa masih banyak poster yang belum berpasang dan menanti untuk menggantungnya 100% selepas di berikan lampu hijau. Kalau anda memasuki kawasan jajahan berkenaan, anda akan lihat betapa segala galanya hijau dan keadaan sungguh MENGERIKAN kepada pihak BN.
"Tahun ini berlainan sekali kerana PAS bukan hanya disokong oleh Orang Islam, malah kaum India yang terdapat di 3 kawasan perumahan di sana turut memasang bendera PAS di kediaman mereka. Menuju jalan masuk ke Kampung Sungai Sireh dalam, terdapat flet baru yang dibina oleh UMNO beberapa tahun lepas. Jalan yang kecil telah menyesakkan lalulintas memandangkan jumlah penduduk yang bertambah. Yang memeriahkan sekali. Beberapa tingkat dari bangunan perumahan tersebut, tergantung terlalu banyak bendera PAS disana." kata seorang lagi penduduk yang ditemubual.
Dalam pada itu, pelbagai kenderaan berjenama dilihat membawa bendera PAS kesana kemari diringi lori lori besar dan kecil. Keadaannya sungguh berlainan sekali berbanding tahun 2004. Mereka semua sudah benci dan meluat dengan janji BN untuk membantu penduduk disana.
Sambungnya lagi, Tahun ini kami sudah tidak mampu bersabar. Umur sudah meningkat, anak sudah besar, biar kami mati di dalam PAS.....sebelum terlambat.
Beberapa hari lepas, Kamala Ganapathy dan Norliza Ahmad telah hadir memberikan penerangan kepada penduduk. Mereka datang tapi seperti biasa menjanjikan hak milik tanah selepas pilihanraya. Janji yang sama sejak bertahun dahulu. Kedua pemimpin BN itu MERAYU BERSUNGGUH SUNGGUH untuk diberikan sokongan.
Pada 2 jam yang lepas, diberitahu ceramah sedang diadakan, pihak No2umnO diberitahun bahawa seramai hampir 1,000 telah hadir untuk mendengar dan kawasan yang kecil menyesakkan kerana rakyat mahu tahu perkembangan semasa dan tidak lagi melayan berita media dan akhbar yang meloyakan. No2umnO masih menanti lapuran dari sana, siapa kah yang berucap pada malam ini.
Sambung esok.
Mar 2, 2008
KALI INI KAMI UNDI PAS !!!
Labels: Selat Kelang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment