KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

PUTERI LINTANG PUKANG DI KEJAR LEMBU



sridiah2u.blogspot.
Sunday, March 2
HAIYA PUTERI, MAU LARI MANA...

PADANG BESAR - Sekumpulan anggota Puteri UMNO Padang Besar yang diketuai Datin Seri Normala Samsudin (depan), isteri calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen P01 Padang Besar Datuk Seri Azmi Khalid, bertempiaran lari apabila dikejar seekor lembu betina ketika berkempen dari rumah ke rumah di Kampung Gial, Mata Ayer, Perlis.

Berita awal : LEMBU PUN TAK SUKA KEMPEN UMNO

Lapuran Malaysiakini pula: Isteri Datuk Azmi dikejar lembu

Bekas personaliti TV3, Normala Samsuddin terpaksa buka langkah seribu apabila dikejar oleh seekor lembu betina di Kampung Gial, dekat Padang Besar, Perlis

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi ketika mengetuai 30 anggota Puteri Umno Padang Besar untuk berkempen membantu calon-calon Barisan Nasional (BN).

Suaminya, Datuk Azmi Khalid yang juga menteri sumber asli dan alam sekitar, bertanding mempertahankan kerusi parlimen Padang Besar 9 Mac ini.

Bagaimanapun tiada yang cedera dalam kejadian itu kerana lembu berkenaan tidak lagi mengancam selepas mereka berlari jauh dari situ.

Menurut Bernama, semasa kejadian, suami Normala, Datuk Seri Azmi Khalid yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Padang Besar sedang berkempen di kawasan Sena Rendang.

Semalam, calon PAS bagi negeri Kuala Perlis, Ahmad Tajuddin Salleh, 57, terjatuh dari bumbung rumahnya ketika membaiki kebocoran bumbung itu semalam.

Beliau kini terlantar di Hospital Tuanku Fauziah selepas mengalami kecederaan pada bahagian pinggang dan kaki kiri.

Sebelum itu, dua wartawan dibelasah oleh sekumpulan penyokong sebuah parti politik beberapa hari lepas turut mewarnai kempen pilihanraya umum ini.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive