KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 2, 2008

DOLLAH DAN AROYO .... SATU SPESIS



SUARA RAKYAT: Puluhan ribu penduduk Filipina menyertai bantahan di sekitar pusat kewangan Makati di ibu negara semalam bagi mendesak pengunduran Presiden Gloria Arroyo.

Rakyat desak Arroyo undur

bharian.com.my/
Dua bekas Presiden sertai bantahan puluhan ribu penduduk

MANILA: Dua bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino dan Joseph Estrada menyertai sekurang-kurangnya 80,000 penduduk yang mengadakan bantahan di sini semalam bagi mendesak Presiden Gloria Arroyo meletak jawatan membabitkan skandal rasuah.

Bantahan antiArroyo itu disifatkan yang terbesar pernah diadakan selepas tercetusnya krisis terbaru berminggu lalu apabila Senat mendengar keterangan disiarkan secara langsung yang mengaitkan suami Arroyo dengan rasuah mencecah berjuta-juta dolar. Skandal itu membabitkan urusan perjanjian telekomunikasi.


Ousted Philippine President Joseph Estrada, center, Makati city ...

Arroyo yang sedang berhempas lulas cuba menolak dakwaan itu, sudah berkuasa sejak tujuh tahun lalu dan penggal pemerintahannya hanya tamat pada 2010.

“Saya fikir kerja saya sudah selesai kerana sudah tua,” kata Aquino, 75 tahun. “Tetapi memandangkan tuntutan hari ini memerlukan kita semua bersatu dan itulah yang kita lakukan demi mendedahkan kebenaran. Mujurlah ramai di antara kita yang menyedarinya dan melaungkan Gloria meletak jawatan.”

Aquino dan Estrada duduk sebelah menyebelah di pentas khas yang didirikan, hanya beberapa meter saja dari bangunan pasaran saham.

“Ramai yang berteriak “Gloria, cukuplah, anda patut letak jawatan”,” kata Aquino yang dianggap sebagai ikon demokrasi.

Aquino adalah antara sekutu dan penyokong utama Arroyo sebelum berbalah pada 2005 membabitkan dakwaan Arroyo melakukan penyelewengan dalam pilihan raya 2004.

Anggota keselamatan diletakkan dalam keadaan amat berjaga-jaga semalam, mewujudkan sekatan di lebuh raya utama ketika penunjuk perasaan berarak dan berkumpul di Makatai - pusat kewangan utama Manila. Polis menganggarkan 15,000 penunjuk perasaan biar pun penganjur mendakwa seramai 80,000 orang menyertainya.

Orang ramai bagaimanapun bersurai jam 8 malam semalam berikutan tamat tempohnya permit perarakan berkenaan.

Acara itu dianjurkan beberapa kumpulan pembangkang, usahawan, aktivis berhaluan kiri, pertubuhan gereja.

Malah, ketika paderi yang berpakaian serba putih membaca kata-kata perangsang semangat, pelajar universiti pula melaungkan ungkapan “Berjuang untuk Kebenaran” dan kakitangan pejabat dari bangunan tinggi berhampiran pula menabur bunga tanda sokongan. - Reuters

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive