KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 15, 2008

ISU RUMAH TSUNAMI MASIH BELUM SELESAI?

Isu perumahan mangsa tsunami: Penduduk minta exco campur tangan

Harakahdaily - Sampai hari ini 600 unit perumahan tsunami di Kuala Muda, Seberang Perai tidak berpenghuni sedangkan pembinaanya telah siap sepenuhnya sejak lima bulan lalu.

Akibatnya timbul tanda tanya adakah penduduk di persisiran pantai akan dipindahkan sebagaimana yang diura-urakan atau terbuka pada sesiapa yang dipilih untuk mendudukinya.

Semuanya menjadi persoalan penduduk di situ kerana tiada perbincangan atau taklimat diberikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Dato' Azhar Ibrahim selaku bekas Exco Kerajaan Negeri yang sememangnya mempunyai maklumat sebenar atau sekurang-kurangnya penerangan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN) dulunya.

Bagi menghilangkan keresahan rakyat di situ mereka berharap Exco Perancang Bandar, Desa dan Perumahan Negeri, Wong Hon Wai masuk campur untuk menyelesaikan masalah yang wujud.

Mereka juga meminta exco berkenaan turun meninjau agar kemelut terutamanya projek apa yang bakal diusahakan di persisiran pantai sehingga menyebabkan perpindahan berlaku dapat diselesaikan.

Harakahdaily difahamkan hanya sekali penduduk dipanggil oleh Pejabat Daerah Seberang Perai Utara (SPU) supaya hadir ke Dewan Che Chik, Bakau Tua untuk bertanya tentang setuju atau tidak untuk berpindahg serta nilai pampasan rumah yang hendak diberikan.

Menurut penduduk yang sempat ditemui, Che Ani Andak 67, selepas pertemuan dengan Pejabat Daerah SPU tiada lagi pertemuan dibuat sehinggalah ke hari ini.

Cuma isu perumahan itu dibangkitkan semula ketika Dato' Azhar berkempen semasa pilihan raya umum lalu kononnya sesiapa yang tidak mengundi BN mereka tidak berpeluang mendudukinya bila arahan dikeluarkan. more...

No2umnO - Ini lah yang dikatakan perjuangan bangsa Melayu Pulau Pinang. Nak cakap apa lagi? Setiap harri banyak perkara yang timbul. Timbus sejak dahulu sekarang sudah terapung apung. Bila rakyat dah tahu, sekarang kita nilaikan perjuangan Melayu UMNO sebenar. Ngarut punya parti !!!

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive