KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Showing posts with label Ketua Kampung. Show all posts
Showing posts with label Ketua Kampung. Show all posts

Jul 11, 2008

JKK lantikan pusat bercanggah dengan perlembagaan

harakahdaily | Semua ketua kampung yang dilantik kerajaan negeri di seluruh Perak dengan dibantu seluruh Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) diingatkan supaya melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya tanpa merasa tertekan dengan kewujudan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang dilantik kerajaan pusat.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharum berkata, JKKK yang diketuai Pengerusinya sebagai ketua kampung dilantik secara sah mengikut undang-undang di bawah peruntukan perlembagaan negeri, manakala JKKKP adalah pimpinan peringkat akar umbi yang haram.

Katanya, pelantikan JKKKP adalah haram mengikut undang-undang perlembagaan negeri, malah perlembagaan negara.

Justeru, katanya JKKK tidak perlu merasa ada tekanan, malah jalankan tugas dengan betul, selesaikan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat, tunai segala amanah yang dipertanggungjawabkan dan berikan perkhidmatan sebaik-baiknya kepada rakyat.

"Dari segi undang-undang, yang sah ialah JKKK sebab dipilih oleh kerajaan negeri, manakala JKKKP adalah sesuatu yang haram sebab bercanggah dengan perlembagaan negara sendiri dan semua ketua kampung dan JKKK perlu memahami perkara ini.

"Oleh itu laksanakanlah tugas dengan baik dan berkesan tanpa merasa bimbang dan takut," katanya kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lenggong di Markas PAS Lawin dekat sini baru-baru ini.... selanjutnya.

no2umno - Ketua Kampung syok sendiri ....tak malu ke?

Apr 28, 2008

KERAJAAN KEDAH MANSUHKAN PERANAN JKKK

oleh Tuntelanai

Kerajaan Negeri Kedah telah mengambil tindakan memansuhkan peranaan yang dimainkan oleh JKKK sebelum ini. Peranan JKKK akan diambilalih oleh Penghulu Mukim. Oleh itu, tidak ada sebarang perlantikan JKKK baru yang akan dibuat oleh Kerajaan negeri, tetapi sistem pemilihan [bukan melalui perlantikan] Ketua Kampung akan dilaksanakan semula. Perkara ini sedang diteliti oleh kerajaan Negeri. Demikian dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan bin Abdul Razak di Majlis Kesyukuran PAS Kawasan Padang Terap pada 26 April lalu.

Dalam majlis yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pada tahun ini Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2.7 juta untuk menambahbaikan Sekolah Agama Rakyat [SAR] yang terdapat di seluruh negeri Kedah. Kerajaan Negeri juga kata beliau telah mengambil tindakan untuk menaikkan gaji kakitangan SAR setaraf gaji mengikut Skim Saraan Baru [SSM] bagi meningkatkan prestasi pendidikan di SAR serta menjaga kebajikan kakitangannya. Guru-guru Lembaga juga akan turut menikmatinya sedikit masa lagi.

Ustaz Azizan juga memberitahu, sebaik sahaja Pakatan Rakyat dapat membentuk kerajaan, tindakan pertamanya ialah membatalkan MoU dengan sebuah syarikat luar negeri yang merancang membina sebuah projek Zon Industri Petroleum Yan [ZIPY] di atas tanah sawah orang Melayu yang subur seluas 3,000 hektar. Sebaliknya,Kerajaan Negeri memindahkan projek tersebut ke kawasan laut yang ditambak agar tanah rakyat dapat diselamatkan dan in membuktikan bahawa kerajaan tidak anti kepada pembangunan yang membawa keuntungan kepada rakyat more...

Apr 27, 2008

4,000 JKKK KEDAH LETAK JAWATAN

Hmetro - Selepas Perak dan Kedah, kira-kira 4,000 ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di seluruh negeri ini bersetuju meletak jawatan masing-masing pada hujung bulan ini.

Semua 149 JKKK terbabit yang dilantik kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, bagaimanapun akan dilantik semula di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa pada 1 Mei ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata Pengerusi dan ahli JKKK terbabit akan meneruskan tugas mereka seperti biasa, namun pemberian elaun akan diuruskan oleh kerajaan pusat.
Menurutnya, beliau difahamkan, semua ahli JKKK di negeri ini menyatakan hasrat untuk berundur di bawah kerajaan negeri sekarang dengan menyertai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). more...

No2umnO - Mula mula Perak, sekarang Kedah. Jumlah kesemua sudah mencapai 8000 orang JKKK. Anggaran je tu. Kalau seorang RM500, berapa jumlah semua. So ...... Aku tak halalkan walau satu sen duit aku untuk bayar elaun mereka. Itu aku punya keputusan dan tidak melibatkan orang lain. Makan lah duit haram tu untuk besarkan anak bini kalian. Satu kampung 2 Ketua kampung, pastu buat berbalah. Jadi mata dan telinga kerajaan. Kalau PR buat....dah sah kena belasah. Apa punya Menteri, keputusan buat sesuka hati. Belanja duit rakyat ikut suka tekak sendiri.

Apr 11, 2008

Isu JKKK, Ketua Kampung - Umno jangan biadab

Hakarahdaily - Rakyat tidak boleh membiarkan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) mengganggu urusan pentadbiran Kerajaan Negeri atau dengan kata lain tidak menghormati prinsip-prinsip federalisme dan mandat rakyat yang telah diberikan dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mencampuri urusan pelantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat termasuk Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor disifatkan sebagai satu pencabulan prinsip federalisme dan seharusnya ada suatu kajian dibuat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah jika menasabah dan ada peruntukan undang-undang dalam hal yang berkenaan.

Rakyat tidak boleh menyifatkan perkara ini suatu kerja lumrah Umno-BN apabila parti itu tidak berkuasa di sesebuah negeri sudah tentu, parti berkenaan akan bertindak mengacau pentadbiran kerajaan negeri tersebut.

Tindakan pengacau pentadbiran adalah jenis parti yang tidak ada harga diri dan tidak demokratik, memungkinkan rakyat di negara ini perlu bertindak sesuatu untuk sekali lagi memberi pengajaran secukupnya kepada Umno agar taktik kotor itu tidak lagi berulang dan digunakan untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun kerajaan Pakatan Rakyat boleh belajar dari Kelantan yang kekal ditadbir di bawah PAS selama 15 tahun sejak 1990 walaupun kacau ganggu berlaku dalam isu pelantikan JKKK. Pakatan Rakyat seharusnya belajar bagaimanakah parti itu menangani masalah ini.

Ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004), parti itu melaksanakan Manifesto Pilihan raya umum ke-10 dengan melantik Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi menggantikan JKKK.

PAS negeri tersebut bersikap terbuka meminta Pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasanya bersedia mengangotai JSR namun demikian seperti yang berlaku sekarang semua ahli jawatankuasa JKKK melepaskan jawatan masing-masing jika dilantik dari menduduki JSR atas arahan pemimpin Umno.

Parti itu tetap menubuhkan JKKK sekaligus merealisasikan penubuhan kerajaan dalam kerajaan oleh Umno yang tidak pernah menghormati mandat rakyat selama ini. more...

Apr 3, 2008

Mahzhir Khalid kata 'JKKK Tukang Chop..' ?

penyokong-kj
Rujuk TV3 - 3 Apr 2008(07:00)

Nampaknya minggu ini topik paling hangat ialah berkenaan JKKK. Selain maksud Jawatan Kuasa Keselamatan Kampong ia juga boleh membawa beberapa maksud lain. Jika anda nak tahu maksud lain-lain itu, nanti tunggu tranungkite.net akan siarkan artikel saya iaitu 'JKKK lalang no.1 Negara'.

Nampaknya JKKK di Kedah kini menjadi rebutan sengit khasnya kepada Umno negeri yang diketuai oleh bekas MB Kedah Datuk Mahzhir Khalid. Difahamkan semua JKKK yang sebelum ini berkhidmat dibawah kerajaan negeri sebelum ini diminta letak jawatan segera dan seterusnya dengan serta merta mereka akan dilantik oleh Umno negeri sebagai JKKK Persekutuan.

Wah..memang hebat betulah JKKK ini sekarang. Jika sebelum ini ada dikalangan mereka ini bila berjalan nampak gaya macam Adun tapi lepas dilantik untuk peringkat persekutuan mungkin gayanya nampak macam 'Exco Kanan' pula !

Paling seronok didengar bila Mahzhir Khalid kata JKKK akan berperanan sebagai 'Tukang Chop'? Mereka akan chop borang sekolah, chop itu dan chop ini...!

Bukan apa saya risau juga takut nanti dengan diri Datuk...Datuk mereka akan 'chop' habis?

Apapun seperti saya katakan sebelum ini, sebenarnya keputusan PRU-12 baru-baru ini ada juga hikmahnya. Mungkin antara hikmahnya ada rezeki lebih untuk JKKK.

Apr 2, 2008

BEKAS MB KEDAH ARAH JKKK dan AHLI MAJLIS LETAK JAWATAN

ALOR STAR, 2 April (Bernama) -- Semua 1,938 anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) serta ahli Majlis Daerah, Perbandaran dan Majlis Bandaraya daripada Umno diarah meletak jawatan berkuatkuasa semalam ekoran kekalahan Barisan Nasional di negeri itu dalam pilihan raya 8 Mac lepas.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat badan itu yang dipengerusikannya di pejabat Umno Kedah di sini malam tadi.

Katanya semua anggota JKKK yang dilantik oleh kerajaan BN pada 2006 dan tahun lepas untuk tempoh dua tahun yang hadir pada mesyuarat itu mencapai persetujuan bersama untuk meletak jawatan.

"Bagaimanapun mulai semalam juga semua JKKK tersebut akan dilantik sebagai JKKK Persekutuan dan mereka akan ditauliahkan dalam tempoh terdekat," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Mahdzir, yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah, berkata peranan dan tugas JKKK Persekutuan adalah sama seperti tugas JKKK negeri .

Sebelum ini semua ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari parti komponen BN yang lain telahpun melepaskan jawatan mereka selepas BN tumbang pada pilihan raya umum itu.

Mahdzir berkata sebahagian ahli majlis PBT dari Umno menghantar surat peletakan jawatan mulai semalam dan selebihnya akan berbuat demikian hari ini.

Mar 27, 2008

KETUA KAMPUNG TERUS BERTUGAS

1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor batal hasrat letak jawatan
bharian.

PUTRAJAYA: Lebih 1,300 ketua kampung di Perak dan Selangor yang kini diperintah parti pembangkang hari ini bersetuju membatalkan cadangan meletak jawatan, sebaliknya memberi jaminan akan terus berkhidmat membantu dan menjaga kebajikan masyarakat akar umbi.

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, berkata keputusan itu dicapai selepas 30 wakil Persatuan Ketua Kampung Perak dan Selangor menemui beliau selama dua jam di pejabatnya, di sini.

Katanya, mereka mengambil keputusan itu selepas mengambil kira kepentingan dan kebajikan penduduk, selain mahu memastikan projek pembangunan di kampung masing-masing dapat dilaksanakan seperti dirancang.

"Saya minta mereka batalkan cadangan meletak jawatan dan terus berkhidmat demi kepentingan penduduk kampung," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Muhammad mengulas kenyataan Presiden Persatuan Ketua Kampung Perak, Sukiman Jalil yang menggesa 879 ketua kampung di negeri itu meletak jawatan beramai-ramai berkuat kuasa 1 Mei depan kerana tidak sehaluan dengan kerajaan campuran Perak pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sukiman berkata, lebih 13,000 ahli jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (JKKK) juga turut berbuat demikian dengan alasan sama.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ketua Kampung Malaysia, Shuhaimi Othman, yang turut menghadiri pertemuan dengan Muhammad berkata, lebih 1,500 ketua kampung di Kedah dan Pulau Pinang yang diperintah pakatan parti pembangkang juga dinasihatkan terus berkhidmat kepada masyarakat.

Beliau berkata, pelantikan mereka sebagai pemimpin masyarakat masih sah dan mereka layak menerima elaun RM400 sebulan daripada Kerajaan Pusat.

Posting terkini

Blog Archive