Hakarahdaily - Rakyat tidak boleh membiarkan tindakan Umno-Barisan Nasional (BN) mengganggu urusan pentadbiran Kerajaan Negeri atau dengan kata lain tidak menghormati prinsip-prinsip federalisme dan mandat rakyat yang telah diberikan dalam pilihan raya umum yang lalu.
Mencampuri urusan pelantikan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di negeri-negeri kerajaan Pakatan Rakyat termasuk Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor disifatkan sebagai satu pencabulan prinsip federalisme dan seharusnya ada suatu kajian dibuat untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah jika menasabah dan ada peruntukan undang-undang dalam hal yang berkenaan.
Rakyat tidak boleh menyifatkan perkara ini suatu kerja lumrah Umno-BN apabila parti itu tidak berkuasa di sesebuah negeri sudah tentu, parti berkenaan akan bertindak mengacau pentadbiran kerajaan negeri tersebut.
Tindakan pengacau pentadbiran adalah jenis parti yang tidak ada harga diri dan tidak demokratik, memungkinkan rakyat di negara ini perlu bertindak sesuatu untuk sekali lagi memberi pengajaran secukupnya kepada Umno agar taktik kotor itu tidak lagi berulang dan digunakan untuk melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat.Bagaimanapun kerajaan Pakatan Rakyat boleh belajar dari Kelantan yang kekal ditadbir di bawah PAS selama 15 tahun sejak 1990 walaupun kacau ganggu berlaku dalam isu pelantikan JKKK. Pakatan Rakyat seharusnya belajar bagaimanakah parti itu menangani masalah ini.
Ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004), parti itu melaksanakan Manifesto Pilihan raya umum ke-10 dengan melantik Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) bagi menggantikan JKKK.
PAS negeri tersebut bersikap terbuka meminta Pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasanya bersedia mengangotai JSR namun demikian seperti yang berlaku sekarang semua ahli jawatankuasa JKKK melepaskan jawatan masing-masing jika dilantik dari menduduki JSR atas arahan pemimpin Umno.
Parti itu tetap menubuhkan JKKK sekaligus merealisasikan penubuhan kerajaan dalam kerajaan oleh Umno yang tidak pernah menghormati mandat rakyat selama ini. more...
0 comments:
Post a Comment