KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 11, 2008

PM ‘Flip-Flop’ Abdullah bertemu UMNO Johor hari ini

bigdogdotcom
Presiden UMNO PM ‘Flip-Flop’ Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini bertemu UMNO Johor di Grand Ballroom, Seri Pacific Hotel, Johor Bahru. Setakat ini, pertemuan masih berjalan dan tiada maklumat terperinci yang keluar dari dewan bankuasi itu kerana semua alat perhubungan diminta dipadamkan dalam suasana yang dijangkakan hangat.

Sebelum ini, PM ‘Flip-Flop’ Abdullah telah bertemu UMNO Sabah dan perwakilan yang hadir secara terbuka dan lantang menyuarakan perasaan dan permintaan mereka. Ada laporan menyebut sekurang kurangnya 20 Bahagian UMNO dari Johor mahukan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah ‘bercuti’ dan Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak memangku jawatan Perdana Menteri, sehingga pemilihan pada Perhimpunan Agung UMNO 16-20 Disember 2008 ini.

Semalam, UMNO Kedah dan Pulau Pinang bertemu Timbalan Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak dan hasilnya tidaklah memberangsangkan bagi Kepimpinan UMNO. Jelas, akar umbi kini tidak segan silu lagi menyuarakan pandangan mereka dan mahukan perubahan kepada Kepimpinan.

*Perkembangan terkini 5.20pm

Ketua Penerangan UMNO Johor Dr. Mohd. Fuad Zarkashi telah kelihatan keluar Grand Ballroom pada jam 5.10pm. Lima minit kemudian Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusuli.

*Perkembangan terkini pada 5.50pm dan Laporan Lengkap Pertemuan PM ‘Flip-Flop’ Abdullah dengan UMNO Johor

Maklumat dari perwakilan yang menghadiri menyuarat tertutup tersebut, melaporkan hanya tiga orang Ketua Bahagian, mewakili UMNO Johor bercakap.

Ketua Bahagian pertama, bercakap panjang lebar mengenai keresahan ahli UMNO mengenai soal Krisis Kepimpinan UMNO yang melanda, semenjak UMNO kalah di 5 + 1 negeri, gagal meletakan Menteri Besar pilihan dalam 2 negeri dan prestasi yang menurun dalam 5 negeri lain, termasuk Johor.

Ketua Bahagian ini menegaskan bahawa UMNO tidak mahu lagi mendengar sebarang penjelasan tetapi sebaliknya mahukan satu penyelesaian kepada kemelut Krisis Kepimpinan UMNO hari ini. Proses peralihan kuasa dan Kepimpinan UMNO hanyalah penyelesaian yang ada dan diterima majoriti ahli UMNO dan umumnya, rakyat.

Oleh itu, ‘Flip-Flop’ Abdullah diminta menyediakan plan dan jadual peralihan kuasa dan Kepimpinan, sebagai program mengukuhkan UMNO. Dengan adanya rancangan dan jadual peralihan Kepimpinan, ianya akan meredakan suasana tegang dan tidak tenteram akar umbi UMNO seluruh negara.

Contoh diberikan berkaitan proses peralihan kuasa dan Kepimpinan ialah pasca peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Parlimen telah digantung selepas berlaku rusuhan kaum dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah mengambil alih fungsi Kerajaan. Perdana Menteri ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj telah ‘melepaskan Kepimpinan’ kepada Tun Razak Hussein sebagai Pengarah MAGERAN. Pada September 1970, Tunku telah berundur sebagai Perdana Menteri dan pada tahun 1971, Tun Razak Hussein mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Pada Ogos 1973, Parti Perikatan digantikan dengan Barisan Nasional dan ianya menjadi kerajaan kongsi kuasa yang lebih mantap. Proses peralihan kuasa dan Kepimpinan adalah terancang dan rakyat kembali tenang.

Peralihan kuasa dan Kepimpinan yang dirancang sebagaimana yang dilakukan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, apabila mengumumkan perletakan semua jawatan pada Ucapan Pengulungan Presiden UMNO 22 Jun 2002 dan akhirnya berundur sepenuhnya selepas selesai Persidangan OIC, pada 31 Oktober 2003 diterima baik rakyat dan semuanya berlaku dalam keadaan tenang juga dihuraikan sebagai contoh.

Pemimpin UMNO Bahagian ini, yang juga baru baru ini dipilih menjadi Ahli Parlimen juga menekankan bahawa proses peralihan kuasa Kepimpinan UMNO ini akan memperlihatkan kehebatan UMNO dan akan mengembalikan keyakinan dan seterusnya sokongan rakyat kepada UMNO dan BN. More...

1 comments:

Anonymous said...

Wak

Pak Lah patut buat blog, kan blog tu power. Jelaskan pendirian beliau.

member dia pun dah ada blog
http://drchua9.blogspot.com/

-------
CHUA HABAG MAI

Posting terkini

Blog Archive