KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Apr 11, 2008

JADI BLOGGER KALAU NAK BERTANDING

Calon bertanding wajib ada blog sendiri

Meloya - Semua calon yang bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda, Naib Ketua dan Exco Pusat pada pemilihan parti Disember ini, diwajibkan membina laman web dan blog masing-masing.

Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, laman tersebut dapat memperkenalkan diri calon-calon yang bertanding serta menerangkan visi, misi dan aspirasi serta hala tuju mereka sekiranya terpilih untuk memimpin pergerakan itu.

Menurutnya, Pemuda menyifatkan langkah menggunakan laman web dan blog sendiri dapat membanteras politik wang sewaktu berkempen nanti.

''Dengan cara ini, calon-calon yang bertanding dapat berkempen dengan lebih bebas, adil dan dikenali hampir seluruh perwakilan,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, langkah itu adalah sebahagian daripada rumusan yang diperoleh oleh Pemuda hasil sesi pertemuan dan percambahan fikiran yang diadakan bersama golongan profesional muda Melayu, baru-baru ini.

Menerusi kaedah itu, katanya, Pemuda yakin lebih ramai calon berwibawa dapat diberi peluang menawarkan khidmat menerusi kaedah menggunakan laman web atau blog sendiri.

Selain langkah itu, kata Abdul Rahman, calon-calon juga disaran menganjurkan perdebatan maya sempena proses pemilihan. more...

1 comments:

rasta_nails said...

hak hak hak...
dulu kate blogger nie syok sendiri..
macam penyanyi karaoke..
agaknye dorang suma lupa..mmg org umno selalu lupa...
x cukup ke surat kabar...tv..skang ni nak ada blog pulak...
agak2 nye kalo BR ada tv sendiri...
puak2 ni pon nak buat sorang satu channel tv...
kesin...
parti utk org2 nyanyuk..
dulu bkn main kutuk skang ni sebok nak tiru...
dunia..owh dunia...

Posting terkini

Blog Archive