harakah | Antaranya pembinaan Jambatan Sultan Yahya Petra Kedua yang mana sehingga hanya mencapai kemajuan 10 peratus, biar pun perletakan batu asas sudah lebih setahun berlalu.
Oleh itu baginda mahu kerajaan pusat mempergiatkan semua projek pembangunan dalam rancangan Malaysia Ke-9 memandangkan pelaksanaannya begitu perlahan.
"Bahkan ada di antaranya masih belum dimulakan pembinaannya," titah baginda ketika merasmikan majlis Pembukaan Rasmi Persidangan Kali Yang Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Yang Pertama Dewan Undangan Negeri Kelantan yang Ke-12 di sini, hari ini.Image
Turut berangkat pada majlis perasmian itu Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Sebelum ini ketibaan baginda disambut Speaker Dewan Undangan Negeri, Ustaz Nasurudin Daud, Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Baginda juga memeriksaan perbarisan anggota pasukan Gerak Am dari Batalion ke-8, Pengkalan Chepa.
Titah baginda projek-projek lain yang dalam pelaksanaan seperti pembinaan kampus utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli juga perlu diambil perhatian. ... selanjutnya.
Oct 20, 2008
Sultan tegur kerajaan pusat lambatkan projek pembangunan di Kelantan
Labels: Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
suruh rakyat kelantan sokong BN barulah cepat macam kat sabah dan sarawak...
sokong PAS buat apa? dapat lah air liur...rakyatpun menganggur...gaji sana murah....
http://pkrpasdap.blogspot.com
inilah bukti yang paling 'jelas' betapa UMNO lah 'pembela' hak-hak Melayu...
hidup Melayu (tapi Melayu UMNO je, UMNOputra, bukan bumiputra)!!
info-jariah.blogspot.com
info-kesihatan-anda.blogspot.com
Post a Comment