KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

DI TEMBAK 2 DAS TEMBAKAN

Timbalan Pengerusi MIC Johor ditembak mati
Harakahdaily

Terkini! | KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Bernama melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tenggaroh Dato' S. Krishnasamy ditembak mati di bangunan MIC Johor di Johor Baharu petang ini, kata Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif.

Sementara itu Malaysiakini melaporkan, kakitangan pejabat MIC Johor mengesahkan, ahli politik MIC itu mati sejurus selepas ditembak dua kali dari jarak dekat kira-kira jam 2 petang tadi.

Dalam satu laporan yang tidak dapat disahkan, Adun yang mewakili kawasan Tenggaroh itu, ditembak selepas dua lelaki merapati beliau berhampiran lif pejabat MIC Johor ketika Krishnasamy dijadualkan menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, yang merupakan seorang kontraktor meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Krishnasamy sebelum ini dipilih tiga kali menjadi AJK MIC Pusat sejak tahun 2000.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC yang kedua ditembak mati selepas Adun Lunas, Kedah, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam beberapa tahun lepas.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive