Perisikan BPR Siap Sedia Pastikan Pilihan Raya Bebas Politik Wang
JOHOR BAHARU, 11 Jan (Bernama) -- Bahagian Perisikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah bersiap sedia untuk memastikan pilihan raya umum ke-12 bebas daripada gejala politik wang.
Pengarahnya, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Datuk Jamidan Abdullah berkata BPR akan mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menjalankan aktivti rasuah dalam pilihan raya.
"BPR tidak memilih bulu dan telah bersedia untuk bertindak ke atas sesiapa sahaja yang mengamalkan rasuah dalam pilihan raya itu," katanya di sini hari Jumaat.
Beliau berkata sejumlah 250 anggota perisikan BPR akan turun padang semasa tempoh pilihan raya umum bagi mengumpulkan maklumat agar siasatan dapat dijalankan secara terperinci oleh Bahagian Penyiasatan BPR.
Katanya tidak ada tumpuan khusus kawasan mana yang akan dipantau BPR pada pilihan raya umum kelak tetapi setiap tindakan adalah mengikut arahan jabatan.
Jamidan berkata satu unit khas perisikan, yang diberi nama Cawangan Kawalan Zon, akan ditubuhkan di setiap negeri tidak lama lagi dan Johor akan menjadi negeri pertama menubuhkan unit, yang dianggotai seramai lapan orang pegawai.
No2umnO - Heheh ... bukan hendak memperkecilkan BPR, tetapi sejak beberapa tahun ini, selagi tiada jerung yang dibawa ke muka pengadilan dan dihukum, maka kredibiliti BPR memang boleh di persoal. Bukan caraya untuk menyatakan diri itu bagus, tetapi ianya dinilaikan dengan prestasi yang lepas dan kini. Kalau setakat jadi benteng untuk pemimpin lari dari tuduhan dan hukuman, maka BPR boleh disamakan dengan UMNO. Tangkap lawan, bebaskan kawan. Sejak bila rakyat boleh mengharap kepada BPR?
Jan 11, 2008
SEJAK BILA RAKYAT BOLEH HARAP PADA BPR?
Labels: BELIT BPR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
betul tu, patutnya selesaikan juga rasuah yang bermaharajalela dari kalangan ahli politik tak kira dari mana parti. Tu hah.. makcik rafidah, lama dah terlibat ngan rasuah. make sure makcik tu kena tangkap and dihukum dulu, baru gua percaya skit kat bpr
Post a Comment