Mungkin kerana semuanya berharap pada minyak maka, pencipta dan menteri Malaysia leka dari menuju ke arah mencipta kenderaan yang lebih berteknoloji, jimat dan tidak menggunakan minyak. Dijangkakan kalau tiadanya minyak lagi di Malaysia, maka ramai lah para menteri yang kebulur dan rakyat yang bakal mati kekeringan. Bayangkan, cuma dengan menurunkan harga minyak pun boleh BANGKRAPkan negara. Ini kan pula tiada minyak.
Tapi ia tidak berlaku di negara yang tidak mempunyai sumber minyak, mereka berusaha untuk menjadi lebih maju.
dipetik: isuhangat (KLIK)
Syarikat kereta di India ketika ini sentiasa memikirkan kereta yang sesuai untuk rakyat mereka. Dalam masa terdekat mereka akan mengeluarkan kereta 1 Lakh atau kereta pada harga 100,000 Rupee bersamaan dengan RM 8,500. Kereta yang mereka cipta untuk rakyat adalah untuk manafaat rakyat. Konsep kereta rakyat ini sebenarnya dipelopori oleh Volkswagen dimana “Volks” bermaksud Rakyat dan “Wagen” bermaksud Kereta. (Rujuk: KLIK) Imej: kiri
Sementara itu sebuah syarikat di Perancis sedang membangunkan model kereta udara OneCAT pada harga sekitar 3,500 Euros atau RM 17,000. (Rujuk: KLIK)
Imej: Kanan
Sekiranya kereta udara ini dapat dibangunkan dan dikeluarkan di Malaysia , sudah pasti ianya akan memberi manafaat yang begitu banyak kepada rakyat Malaysia, dimana ianya akan mengekang kenaikan harga minyak yang seterusnya akan mengekang kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan lain-lain keperluan asas masyarakat. Bayangkan sebuah kereta yang boleh membawa 5 orang penumpang hanya memerlukan RM 7 untuk bergerak sejauh 200 km tanpa pencemaran udara.
Malaysia tak perlu cipta kerana kita cukup berbangga hanya sekadar menjadi penumpang.
CINA DAP BANTU MELAYU KELANTAN YANG MEREMOAT DI PENANG
54 minutes ago
0 comments:
Post a Comment