KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

KENAPA KERAJAAN MAHU RAKYAT PANIK?

Cuba anda baca berita berikut, berita seumpama ini memenuhi hampir 60% berita penting di dalam akhbar. Setiap hari ada sahaja berita yang disiarkan cerita berkaitan dengan kenaikan harga dan suasana panik rakyat.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Para penduduk ibu kota tidak kisah dan tidak berasa terjejas sekiranya restoran mamak di sini mengambil keputusan untuk menghentikan jualan roti canai berikutan harga tepung gandum yang melonjak naik kini.

4 wanita Thai ditahan cuba seludup minyak masak, gula
TUMPAT 10 Jan. – Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menahan empat wanita warga Thailand kerana disyaki cuba menyeludup keluar 77 kilogram minyak masak dan 48 kilogram gula, petang semalam.

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Masalah kekurangan bekalan tepung seberat 25 kilogram (kg) bukan sahaja dirasakan oleh pengusaha roti canai sebaliknya pengusaha murtabak turut menerima kesan yang teruk.

PADANG BESAR 10 Jan. - Larangan penuh supaya rakyat tempatan dan asing tidak membawa minyak masak keluar dari negara ini berkuat kuasa serta merta nampaknya tidak diendahkan oleh kumpulan tertentu.

JOHOR BAHRU 10 Jan. – Pengguna perkhidmatan bas di negeri ini membantah langkah Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia untuk menaikkan kadar tambang bas sebanyak dua kali ganda tidak lama lagi.

KUANTAN 10 Jan. – Bekalan makanan bagi lebih 3,000 penduduk Pulau Tioman hanya mampu bertahan untuk tempoh tujuh hari jika cuaca tidak menentu dan laut terus bergelora.

Ia adalah rentetan sejak cerita dan keadaan sejak beberapa yang bulan yang lalu. Keadaan semakin rancak. Sebelum ini berkisar tentang kekurangan minyak mentah. Sedangkan Malaysia dikatakan pengekspot minyak masak antara yang terbesar di dunia. Dan sekarang, tepung pula. Dan bersama sama masalah Tambang Bas.

Kalau ketika masalah minyak, Najib Razak dan Pak Lah dengan sepetik jari sahaja mengarahkan pengeluar mengeluarkan arahan untuk lebihkan pengeluaran dan masalah minyak pun selesai.

Hah......cuba anda bayangkan. Wak percaya usaha menyekat pengedaran memang dilakukan. Keadaan panik memang menyebabkan banyak spekulasi. Kerana panik juga menjadi punca ada mereka yang menyorok barang kerana mereka menyangka ianya akan naik harga. Dan ada pulak yang menyeludup ambil kesempatan. Menteri dan pak menteri berkata, "Jangan Panik". Berita pun turut menyiarkan kenyataan Menteri .... "Jangan Panik."

Ianya selesai segera selepas Menteri beri arahan. Pasti dan tentunya ada yang tidak kena disini. Bagaimana ianya seperti tidak boleh diselesaikan? Penutupan oleh lambakan berita seumpama ini telah menutup ruang untuk memperolehi berita lain. Maka ...... rakyat jangan panik kerana semua ini diadakan adakan untuk tutup telinga rakyat dengan suasana panik dan berita yang asyik bercerita tentang kekurangan barang.

Ingat hanya satu, segala kekurangan, segala penyeludupan, segala suasana panik, adalah kerana kerajaan LEMBAB, LEMAH dan tidak BERTANGGUNG JAWAB. Jangan ubah fakta kerana Kerajaan BN cuba menjadi HERO, Masalah ini dari dia ia datang dan dia juga selesaikan.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive