KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Jan 11, 2008

Siapa tembak mati Adun MIC Johor?

Malaysiakini

Timbalan Pengerusi MIC Johor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, S Krishnasamy mati ditembak oleh penyerang yang tidak dikenali di ibupejabat MIC Johor hari ini.

Ketika dihubungi, kakitangannya mengesahkan bahawa Krishnasamy, 58, mati sejurus selepas ditembak pada jam 2 petang tadi.

Krishnasamy ditembak dua kali dari jarak dekat.

Laporan yang tidak disahkan, mendakwa Adun tiga penggal itu ditembak oleh dua orang yang mendatanginya dekat lif di ibupejabat parti tersebut.

Krishnasamy dikatakan dalam perjalanan untu menghadiri mesyuarat.

Krishnasamy, seorang kontraktor, meninggalkan seorang balu, Sornavalli dan empat orang anak.

Beliau juga terpilih sebagai ahli jawatankuasa pusat MIC pada tahun 2000, 2003 dan 2006.

Krishnasamy merupakan ahli politik MIC kedua yang ditembak mati. Pada 2000, Adun Lunas ketika itu, Dr Joe Fernandez ditembak mati di Bukit Mertajam oleh orang yang tidak dikenali.

Ketika dihubungi kemudiannya, Aduh Kahang (Johor), S Ramis menyifatkan kematian Krishnasamy' itu sebagai satu kerugian besar kepada parti tersebut.

"Beliau adalah seorang yang tegas dan berani yang bekerja kuat untuk kawasan pilihanrayanya dan masyarakat India.

"Ini adalah satu kerugian besar. Beliau adalah salah seorang pemimpin yang berpotesni memimpin MIC negeri," katanya.

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive