KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 29, 2008

MB Kelantan berkhutbah di Masjid Shah Alam?

KOTA BHARU, 28 Mac (Hrkh)- Masjid Negeri Selangor yang tersergam indah di Shah Alam kemungkinan besar memberi ruang kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkhutbah pada masa akan datang.

Kalau sebelum ini semasa di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan sahaja masjid negeri dihalang, malah masjid di seluruh Selangor tidak dibenarkan diadakan kuliah oleh penceramah jemputan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, rakyat di Selangor akan berpeluang untuk mengikut kuliah daripada ulama yang cukup dikenali di rantau ini.

"Situasi itu berlaku ekoran tsunami politik politik yang melanda negara baru-baru ini sehingga memberi peluang kerajaan rakyat berkuasa di Selangor dan empat negeri lain," katanya pada ceramah sempena kemenangan PAS di Dataran Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Menteri Besar, Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaafar dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan.

Ceramah tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila setiap ruang dataran tersebut dipenuhi orang ramai. Ia kali pertama diadakan selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu.

1 comments:

Anonymous said...

Tuan hamba amat bersetuju jika Tuan Guru dapat memberi khutbah mahupun apa2 aktiviti keagamaan/kesedaran kepada mereka2 yang telah/agak lama alpa kepada keduniaan/hiburan yang melalaikan. Bukan hanya di Selangor tapi keseluruh MALAYSIA!!!

Posting terkini

Blog Archive