Buletinonline
Kuala Terengganu, 29 Mac – Keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong dan Sultan Terengganu ke negeri Terengganu diberikan sambutan luar biasa oleh rakyat jelata yang datang dari segenap pelusuk. Pesawat khas yang membawa Tuanku mendarat sekitar jam 10.00 pagi di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.
Semua orang kenamaan dan VIP kelihatan telah memasuki terminal eksklusif yang belum dinamakan lagi, kerana seluruh terminal masih dalam pembinaan
Diantara mereka adalah pemimpin PAS termasuk Dato’ Wan Mutalib Embong, Dato’ Tengku Hasan Tengku Omar dan Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.
Rakyat berdiri di kiri kanan jalan sejauh tidak kurang dari 5km, telah menunggu seawal jam 7.00 pagi, berasa lega apabila pintu terminal ekskusif di buka dan Tuan Ku Mizan muncul disambut dengan laungan takbir dan Daulat Tuanku.
Rakyat Terengganu hari ini benar-benar telah mencipta sejarah, berduyun-duyun menyambut keberangkatan pulang Tuanku,setelah Tuanku menggunakan kebijaksanaan melalui wakilnya Majlis Penasihat Pemangku Raja(MPPR), menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu.
Pelantikan Ahmad Said pada 22hb Mac sekaligus mengenepikan Idris Jusoh, mendapat sokongan rakyat. walaupun Ahmad sendiri tidak mendapat sokongan dari rakan-rakan seperjuangannya didalam UMNO.
Majlis penerimaan watikah pelantikan Ahmad pada pagi 23hb Mac telah diboikot dan dibantah oleh Geng 23 ADUN UMNO/BN Terengganu yang diketuai oleh Rosol Wahid, Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu.
Tidak cukup dengan menghantar nota bantahan yang ditandatangani oleh Geng 23, penyokong-penyokong taksub Idris Jusoh dan UMNO Terengganu telah mengadakan perhimpunan haram dan menaikkan kain rentang yang telah menghina Institusi Beraja.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru awal-awal lagi menegaskan melalui kenyataannya kepada media, PAS menyokong keputusan MPPR melantik sesiapa saja sebagai MB Terengganu, namun bukan menyokong individu yang dilantik secara peribadi.
Kenyataan Presiden disokong oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Mustafa Ali yang mengajak rakyat berdiri teguh dibelakang Tuanku dan MPPR, mempertahankan Institusi Raja Berpelembagaan.
Presiden UMNO Abdullah Ahmad Badawi yang telah mengeluarkan watikah pelantikan kepada Idris Jusoh membuat kenyataan mengatakan pelantikan Ahmad Said adalah bertentangan dengan perlembagaan, sekaligus menolak titah Tuanku dan istana Terengganu.
Namun akhirnya Perdana Menteri itu tunduk dan meyedari bahawa kuasa UMNO tidak berupaya melampaui kuasa Sultan dan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 27hb Mac, akhirnya memperakui pelantikan Ahmad Said.
Kemelut pelantikan MB Terengganu telah berlanjutan sejak pembatalan majlis angkat sumpah MB pada 10hb Mac disebabkan oleh kemurkaan Tuanku dan pihak istana Terengganu yang tidak perkenan kepada Idris Jusoh.
Dianggarkan lebih 10,000 orang telah menyambut keberangkatan pulang Tuanku Sultan Mizan hasil usaha kesedaran rakyat yang dibangkitkan oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO), MAMPAT disokong oleh beberapa Alumni sekolah-sekolah sekitar Kuala Terengganu serta beberapa pertubuhan lain termasuk Pertubuhan Kebajikan Penduduk Pulau Duyung(Pekeduy).
Lensa Buletin Online sempat merakamkan wajah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin, berubah kerana terharu menerima sambutan luar biasa yang tidak pernah berlaku sejak Tuanku ditabalkan menjadi Sultan Terengganu pada 4hab Mac,1999
Mar 29, 2008
Sambutan Luar Biasa – Tuanku Terharu!
Labels: Sultan Tganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
kalau anda berada disana barulah anda tahu bangganya aku sebagai anak terengganu,Melihat merahnya mata tuanku dengan mulutnya tidak henti mengucapkan terima kasih adalah sesuatu yang menakjubkan.hampir semua rakyat tak kira kecil sampai tua berada di situ menunjukan sokongan.DAULAT TUANKU!!
Post a Comment