Gejala rasuah dan salah guna kuasa di kalangan anggota polis menurun sebanyak 0.1 peratus sejak kempen pemakaian lencana 'Saya Anti Rasuah' dijalankan pada 2005.
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata ini menunjukkan keberkesanan kempen yang telah dilancarkan itu bagi memerangi rasuah di kalangan anggotanya.
"Kita masih teruskan kempen tersebut bagi memerangi gejala rasuah habis-habisan dengan pemakaian lencana baru iaitu 'Integriti Amalan Kita," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perasmian program polis bersama masyarakat di perkarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini.
Musa berkata pemakaian lencana baru itu dapat membina kerohanian dan sahsiah diri anggotanya di samping membangunkan modal insan yang dapat melatih anggota supaya tidak terjebak dengan rasuah dan salah guna kuasa.
"Walaupun bermacam-macam program telah dilancarkan, sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada mengalami perubahan. Saya tidak nafikan masih ada pegawai dan anggota yang terlibat dengan gejala tidak baik ini. Tak ada sesiapa pun yang dapat lari daripada undang-undang," katanya. Musa berkata pihaknya akan meneruskan usaha untuk mendidik anggota dan supaya ia dapat dihayati oleh semua pegawai polis.
Katanya setiap anggota bawahan akan dipantau oleh pegawai atasan supaya tindakan tegas dapat diambil bagi membanteras gejala tidak sihat ini.
"Sesiapa yang ingkar, tindakan tegas akan dikenakan," tegasnya.
Berucap ketika melancarkan program itu, Musa berkata ia bertujuan memperhebatkan lagi dasar kemasyarakatan yang dilancarkan di seluruh negara sempena sambutan Hari Polis ke-201 bagi menonjolkan tahap profesionalisme Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat. more...
Mar 29, 2008
RASUAH POLIS TURUN 0.1% .... satu kejayaan?
Labels: Rasuah Polis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Aku cadangkan musa hassan bukak blog macam shahidan dan anak toyol. Banyak mengarut dia nih, tak tau aku nak cakap kat saper
0.1% sikit jer yg turun... banyak lagi nak kena banteras .. Kena la selari dengan slogan baru INTEGRITI AMALAN KITA... rakyat perlu peka hal ini... jangan jadikan polis sumber rasuah... nak saman saman jgn selesai tepi jalan... mata rakyat perlu tajam... jgn asyik salahkan polis jer, rakyat pun kena jaga etika mereka jangan beri rasuah...
Maybe they managed to prevent ordinary polis to accept bribes. How about top police officers like the IGP and others. Remember the case involving a cid director who has almost 22 million. I advise the IGP and other top officers to declare their assets just like ministers and excos. it is time for them to do that. will they dare?
Now we are in new Malaysia.
Hahahaha.... Nak gelak sampai seminggu. Ada ka 0.1 peratus dikatakan kejayaan.....
Agaknye kerana kejayaan tak terima rasuah, polis tak dapat cari budak-budak hilang sekarang ni. Mawi dan Sharlinei tak jumpa sampai sekarang, lalu polis buat andaian Mawi tak hilang.... Lawak, lawak...
"Integriti RASUAH Amalan Kita"-New Polis Anjing Rasuah Malaysia
Musang was very happy that bribery among his own skin declines by 0.1 % .
Maybe tomorrow the IGP Si-Musang Gelabah will say medias and press misquoted him.
It was shown on tv, how to misquote la.
Anyone knows who dapat kontrak buat lencana polis dan unifom baru?No prizes for the correct answer.
Post a Comment