200,000 pekerja enggan pulang cuba dapat PR
bharian
Oleh Abdul Razak Raaff
PUTRAJAYA: Kira-kira 200,000 pekerja asing dikesan sengaja terus berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan, sesetengahnya sehingga 20 tahun, kerana mahu mendapatkan taraf penduduk tetap.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata mengikut peraturan pekerja asing tanpa kemahiran hanya boleh bekerja maksimum lima tahun, manakala pekerja asing berkemahiran sehingga 10 tahun.
Bagaimanapun, katanya, pekerja asing yang sepatutnya pulang ke negara asal selepas tamat tempoh itu, terus bermastautin di negara ini serta cuba mendapatkan taraf penduduk tetap.
“Ada yang ingat mereka ada hak untuk dapatkan taraf penduduk tetap. Mereka tidak boleh terus duduk dalam negara ini seolah-olah seperti rakyat tempatan sehingga ada rakyat Malaysia yang bersimpati dan cuba membantu mendapatkan kerakyatan. more..bharian
No2umnO - Kalau kawalan ketat kerajaan tak der la orang nak duduk lama di Malaysia . Tapi masalah nya rasuah banyak, kerajaan pun lemah. Jadi peluang ada di depan mata. Siapa tak nak? Kalau imigresen tu, kerja ikut time. Hangat hangat taik khinzir. Polis tahan pendatang pulak tak sampai 10 km lepas, sebab dah kena suap. Kalau peniaga ACEH tu, dah berlambak lambak. Buka kedai runcit, kedai buah dan macam macam lagi. Tak kurang juga restoran kedai BAKSO. Semua berani buat sebab penguasa mudah disogok. Kalau tak buat sesuatu, rasanya gadai jer Malaysia ni kat pendatang.
Mar 29, 2008
KELEMAHAN KERAJAAN MENGUNDANG PENDATANG
Labels: Pendatang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment