Kehadiran luar biasa menyaksikan kesesakan teruk lalu lintas menghala ke Putik terutama dari arah jalan utama Pengkalan Chepa menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Jalan Raja Perempuan Zainab 2 ke Jalan Padang Tembak.
Ternyata program yang turut membariskan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abduk Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Dato’ Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali tidak menghampakan apabila banyak isu-isu semasa dan perkembangan di Kedah dikupas tokoh terbabit.
Ucapan yang diselang-selikan dengan jenaka bersahaja daripada Ustaz Azizan juga menghiburkan orang ramai yang hadir. Ini adalah kali pertama Ustaz Azizan berceramah di Kelantan atas kapasitinya selaku Menteri Besar Kedah.
Isu-isu lain yang dikupas termasuk kemelut di Terengganu dan juga krisis dalaman Umno. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak selaku Pengerusi Majlis.
0 comments:
Post a Comment