KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Mar 29, 2008

Di mana polis ketika Sultan dihina?

harakahdaily

(...) Sensitif terhadap siapa? Ayub risaukan siapa? Adakah Ayub menjangka mereka yang akan menyambut Sultan Terengganu itu akan membawa kain rentang seperti "Kami nak Idris, natang"?

"Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan," katanya.

Persoalannya, mengapa tidak ada sebarang laporan bahawa Ayob memberikan nasihat yang sama kepada penyokong-penyokong bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh yang sebelum ini gila-gila menunjuk perasaan di kediaman rasmi Menteri Besar?

Alahai Ayub... Persoalannya bukan sudah kenal pasti atau tidak. Bukan soal peringkat akhir siasatan atau peringkat awal siasatan. Orang tak peduli pun kenyataan-kenyataan yang prosedural yang cuba menunjukkan polis siasat juga kain rentang "Kami nak Idris, natang" itu.

Apa yang lebih penting untuk disedari oleh Ayub dan ketuanya di Kuala Lumpur ialah mata rakyat sekarang sedang menyiasat identiti sebenar polis. Rakyat mungkin malas nak bertanya lagi mengapa polis begitu lemah gemalai dan lembut mesra melayan penunjuk perasaan di Pulau Pinang atau di Shah Alam. Memanglah, itu tunjuk perasaan Umno menghentam pembangkang.

Tetapi, bagaimana pula tunjuk perasaan di Kuala Terengganu? Itu bukan tunjuk perasaan menghentam pembangkang. Itu tunjuk samseng dan gedebe kepada Sultan.

Jika selama ini polis cekap benar menggunakan peluru hidup dengan melepaskan empat atau lima das tembakan rambang sambil berlari menghadapi perhimpunan pembangkang di Batu Burok, mengapa polis tidak ambil tindakan terhadap penyokong-penyokong Idris yang begitu megah dengan kain rentang "Kami nak Idris, natang"? Jika polis berada di tempat kejadian dan tindakan tidak diambil, adakah polis bersubahat dengan mereka yang disebut oleh akhbar sebagai "mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja"? more...

0 comments:

Posting terkini

Blog Archive