azzlie - Barulah saya tahu betapa banyaknya elaun keraian pegawai-pegawai kerajaan selama ini. Mak aii!! Berapa kali ganda gaji saya sebulan tu. Menurut surat khabar utusan, , elaun-elaun Menteri adalah seperti berikut.
1 - Perdana Menteri - RM 18,865
2- Timbalan Perdana Menteri - RM 15,015
3- Menteri - RM 12,32o
4- Timbalan Menteri - 6,000
Patut lah ramai sangat nak jadi menteri. Elaunnya sahaja dah berkali ganda dari gaji rakyat marhaen biasa. Katalah pendapatan rakyat RM 2,000 maka elaun perdana menteri sahaja - 9 kali ganda (9 bulan sara hidup), Timbalan Perdana Menteri (7 bulan lebih), Menteri - (6 bulan lebih) dan Timbalan Menteri (3 bulan sara hidup).
Elaun keraian sahaja ini. Tak termasuk elaun-elaun lain yang berkaitan. Patutlah banyak sangat cukai pendapatan, cukai jalan, cukai kereta yang perlu dibayar oleh rakyat marhaen. Agaknya, sebab itu lah Pak Lah asyik tertidur tidak kira majlis apa pun. Pening kepala macam mana nak habiskan elaun keraian itu, atau baru je semalam dapat menghabiskan elaun keraian rakyat. Patutlah kerajaan dah tak mampu tanggung subsidi - rupanya nak 'cover' subsidi lain. Macam-macam!!
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
1 hour ago
3 comments:
Mereka ni yang jadi bangsa subsidi.Lepas tu salahkan rakyat suruh berjimat-cermat,jangan jadi bangsa subsidi.Mereka makan subsidi punyalah banyak,7 keturunan pun tak habis makan.Rakyat- air,letrik semua kena bayar duit sendiri.Menteri-semua subsidi dgn duit rakyat,sebab tu naikkan petrol sesuka hati.Potong 10% drp 18k- apalah sangat.Budak darjah 4 pun tau mengira.
Yg byk bising pasal myk naik org melayu. Kaum lain x bising pun. Sebab apa melayu selalu bising? Sbb dh jd mcm penagih ganja. Dh biasa dengan subsisi..so x leh nak idup. Bila myk naik bajet utk g karaoke,beli baju beratus2 sebulan, aksesori kete dan mcm2 lagi dh lari bajet. Orang melayu jugak. Heran gak tgk budak2 melayu jadi kerani ngan keje kilang ada hati nak pakai wira ngan waja.Ukur2 le badan tu sendiri. Gaji ciput ada hati pakai kete besar. Mana bajet x lari. Fikir lah sendiri.
Jangan nak membohong.India dan cina kawan sepejabat aku pun bising jugak.Kenapa asyik nak mengata org Melayu.Sebab org Melayu ramai yg miskin ,mestilah rasa terhimpit.Ingat org keja kilang tu takde keluarga,setakat pakai wira tu apa sangat,lainlah pakai honda.Org yg tak melalak pasal harga minyak ni org kaya je.Kalau org miskin mana ada duit nak pergi karaoke,beli baju beratus-ratus lainlah nak berlagak.Yg dok melepak kat hotel,kat club ni org kaya,pak menteri yg dah tua kerepot pun ramai.Hairan aku dengan manusia yg sombong ni,mentang-mentang banyak duit,sedap betul menghentam org lain.Encik yg takde nama,tau tak bila minyak naik,mcm-mcm brg naik.Tak pernah pergi pasar ke atau encik ni jenis makan bersuap dgn emak lagi,jadi tak rasalah peritnya mcm org lain.
Post a Comment