buletinonline - Empat buah rumah kembar setingkat yang asalnya dibina sebagai kompleks untuk rumah imam dan bilal yang bertugas bagi masjid kristal di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man, kini dijadikan rumah tetamu (Guest House).
Sumber Buletin Online menyatakan, rumah tersebut yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM 3 juta dijadikan rumah tetamu kerana dikhuatiri ia akan menjadi terbiar begitu sahaja.
Keadaan itu berlaku disebabkan tiada penempatan pegawai masjid samada imam dan bilal justeru masjid kristal tidak dapat diiktiraf sebagai sebuah masjid.
Tidak ada penduduk yang bermukim dan kariah/qaryah (kampung) disekelilingnya yang akan menjadi jamaah kepada masjid tersebut, menyebabkan ia tidak layak menjadi sebuah masjid.
Justeru sehingga kini tidak ada azan yang berkumandang dan solat fardhu lima waktu yang didirikan di masjid kristal apatah lagi solat Jumaat.
Selain itu Buletin Online dimaklumkan, TTI sedang dalam peralihan untuk diambil alih sepenuhnya oleh pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT).... selanjutnya.
ADA FUNFAIR... UNSUR JUDI???
2 hours ago
0 comments:
Post a Comment