Disebabkan masih ramai yang tak paham tentang isu sebenar PKNS dan perlantikan Madam Low .. mari aku jelaskan. Hari ini ....kakitangan PKNS telah membuat piket di hadapan Kompleks PKNS Shah Alam menentang perlantikan Madam Low sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS.
PKNS di tubuhkan pada pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 (Sel. Enact.No.4 of 1964) sebagai badan berkanun dan agensi pembangunan peringkat negeri. Kalau hendak di kaitkan penubuhan PKNS dan 13 Mei, ianya tidak benar dan jika ini berlaku, ianya adalah usaha pihak-pihak tertentu untuk mengaitkan isu PKNS dengan isu Perkauman kerana adalah jelas .. 13 Mei berlaku pada 5 tahun selepas penubuhan PKNS.
Setuju kalau di katakan bahawa PKNS bukan untuk bangsa Melayu, tetapi untuk rakyat negeri Selangor. Sejak penubuhannya juga, tiada pengurus yang di pilih dari bangsa asing kecuali bangsa melayu. Itu mengikut kepentingan bangsa majoriti ketika itu. Malah selama ini pemilihan pengurus dari kalangan bangsa Melayu, tidak pernah di pertikaikan.
Tapi yang menjadi isu sekarang timbul apabila Menteri Besar melantik semula seorang dari kalangan pengurus yang lalu menjadikan ianya hanya di perdebat. Korang periksa barisan Pengurusan di dalam PKNS yang aku maksudkan di SINI.
Kita tidak boleh menyalahkan kakitangan, tetapi pengurusan yang seharusnya bertanggung ke atas untung dan rugi PKNS. Kalau kakitangan menjadi penyebab kerugian, itu adalah tanggung jawab pengurusan.
Madam Low adalah antara pengurusan yang dimaksudkan dan jika Madam Low tulus, ikhlas mahu membantu mengembalikan keuntungan, ianya bukan dilakukan sekarang, tapi dah lama. Kalau beliau rasakan kerugian itu adalah berpunca kepada penyelewengan atau penyalahgunaan pihak lain selain dari beliau, sudah pasti kita dengar berita bantahan beliau sejak dulu. Tapi tidak ... mungkin dia pun setuju.
Disampung itu, kakitangan PKNS tidak bersetuju dengan perlantikan Madam Low kerana mungkin mereka ada pilihan sendiri. Atau mungkin mereka tahu siapa Madam Low sebenar dan apa sumbangan beliau selama bersama PKNS. Segala gala kemusykilan boleh di ketahui sekiranya kerajaan baru Pakatan Rakyat membuat audit ketika awal lagi.
Disebabkan Madam Low ini berbangsa Cina, secara tidak sengaja atau sengaja ia di bangkit kan kerana tidak pernah berlaku di dalam sejarah penubuhan PKNS. Bila isu ini dimainkan, maka ada pihak yang mengambil kesempatan untuk membakarkan lagi semangat perkauman kerana ianya tidak di selesaikan dengan segera.
Malah di persetujui oleh MB Sendiri bila ..... dia membuat kenyataan berikut.
"If there is a Malay manager who cannot benefit the Malays, then this is something we should view seriously," he said.Helllooo ....sorry. Bukan bangsa tapi kerana Madam Low disyaki terbabit.
"People are angry because we changed the people, but are they not angry about the billions lost? Which is better? Think about this," he urged those who challenged the decision. - Star
Nampaknya MB sendiri telah terjerumus di dalam prasangka berunsur perkauman. MB telah memanjangkan isu tersebut. Sedangkan pada awalnya ... MB Selangor seharusnya meneliti punca sebenar bantahan.
Kalau di dalam sesuatu penyiasatan, mereka yang terbabit, tidak dibenarkan berada di dalam premis siasatan. Tertuduh akan digantung tugas sehingga proses penyiasatan selesai. Bimbang kalau kalau segala barang bukti terhapus. Tapi dengan menaikkan pangkat dan melantikkan semula Madam Low bagaikan satu peluang untuk beliau menutup kesalahan diri sendiri, sekiranya ada. Tambahan lagi ada desas desus yang membabitkan suami Madam Low sebagai kontraktor kepada PKNS. Kakitangan PKNS memang tahu tentang perkara ini.
Diulang ..... PKNS sepatutnya diaudit dan disiasat ketika awal peralihan kuasa negeri Selangor. Tapi kelembapan dan kelewatan yang berlaku secara sengaja atau tidak, menyebabkan banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin lama, berjaya di tutup.
Masih ingat bagaimana sekumpulan penyokong PR mengepung SUK selepas keputusan pilihanraya memihak kepada Pakatan Rakyat? Ianya bukan di lakukan untuk suka suka atau melonjak rai kerana menang, tapi ia nya adalah tindakan untuk mengelak sebarang usaha menghapuskan dokumen di buat oleh kerajaan yang kalah. Bila semua dokumen di hancur pupuskan, maka mereka yang menyeleweng akan terselamat.
Menyedihkan apabila penyelewengan yang berlaku, membabitkan harta rakyat.Bila siasatan dan halangan tidak dibuat maka akibatnya ... selepas 8 bulan memerintah, Pakatan Rakyat gagal membuktikan penyalahgunaan kuasa yang berlaku dahulu. Sedangkan di dalam ceramah politik sepanjang tahun sebelum ini, mereka cerita tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. So .... mana buktinya?
Akibatnya bila di tanya tentang Rumah Datuk Zakaria yang dulunya di perdebatkan .. kini PR terkapai kapai menjawab dan menyalahkan Khir Toyo pula. Sebenarnya ...sendiri yang lembab.
Jadi ... di tegaskan di sini bahawa Madam Low adalah mereka yang terbabit di dalam membuat keputusan sehingga PKNS mengalami kerugian dan sekiranya PKNS mahu di perbetulkan, beliau seharusnya tidak di lantik semua tetapi beliau adalah antara yang perlu di siasat. Bukan soal bangsa.
Rakyat Selangor yang bukan kakitangan PKNS tidak hairan kalau siapa pun yang menjadi Pengurus, tapi bukan di kalangan pengurusan yang lampau. Dalam pada itu .. syarat dan prosidur persyarikatan perlu di ikuti. Kalau memerlukan Melayu sebagai Pengurus .. maka melayu lah dia. Jika tidak, lantik lah siapa pun asal jangan Bangla dan Myanmar atau yang bukan rakyat Malaysia.
Aku Pembangkang .. tapi tidak tertakluk kepada parti. Yang betul di puji, yang salah di belasah. Kalau yang salah pun kita puji, yang korup pun kita setuju ... baik masuk UMNO.
rtikel berkaitan di hambali1.blogspot.com
2 comments:
Itu di PKNS.
Bagaimana pula di universiti milik kerajaan negeri selangor - UNISEL? Khir Toyo melantik Rokmaa Mat (makcik bininya) yang tiada langsung pengalaman tadbir universiti di mana-mana, yg sebenarnya tak reti buat kerja, yg korup, yg jahat dan busuk hati utk tadbir universiti kemegahan rakyat selangor itu? Rokmaa dulu seorang cikgu dikasi pangkat tinggi oleh Khir Toyo di Yayasan Selangor. Kemudian di naik pangkat lagi ke UNISEL. PKNS kasi Khir Toyo RM100 ribu, UNISEL bayar jumlah tidak sedikit ex-gratia pd Khir Toyo. Selain itu Rokmaa juga pegang jawatan penting jadi ketua Pembangunan UNISEL menggantikan Prof Dr Ir Jamaludin Mat untuk tutup semua penyelewengan pembinaan kampus UNISEL berharga RM500 juta dan untuk pastikan pembayaran kepada semua kontraktor kroni walau kerja tidak siap dan sempurna. Pembangunan UNISEL ada 2000 defect, tapi Rokma tutup semua. Selain itu dia lantik dirinya jadi Ketua HR pulak dan tindas dan buang semua ketua jabatan yang pro PR. UNISEL dah lama tiada naib canselor dan timbalan naib canselor. Pemangku Naib Canselor Khalifah Osman yang dah berusia 60an itupun dicucuk hidung oleh Rokmaa.
Canselor UNISEL pulak takde orang lain selain Bik Mama Rosmah Mansur. Tak payah ulaslah, bak Najib Raja Lawak kata lu pikirlah sendiri.
Kesian, itulah dah jadi dengan insitusi pendidikan tertinggi selangor ini yang seharusnya membangunkan modal insan yang cemerlang. Bila yang di atas itu bukan insan dan tidak berihsan, mampukah UNISEL lahirkan insan?
Soalannya Kerajaan PR Selangor buat apa? YAB MB dah diberitahu, YB Hassan Ali pun dah tahu, YB Halimah pun dah tahu. Adakah "....kelembapan dan kelewatan yang berlaku secara sengaja atau tidak, menyebabkan banyak penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pemimpin lama, berjaya di tutup" dan kegagalan dikekal terus???
- Bapa Selangor yang prihatin dan ambil berat
Apasal lah si TanSri Kalid Ibrahim ni suka sgt buat statement yg menyusahkan org bawah. Macam Flinstone betullah dia tu. Aku nak bagitau kat dia yg politik ni bukan macam nak tadbir Guthrie dulu. Yang aku sedih skrg ni bukan apa, si Khalid dgn si Hassan Ali tu asyik ambik professional konon utk jadi penasihat depa. Apa ingat kami org PAS dan PKR ni haprak sgt ke. Korang berdua kena ingat korang naik kat tempat tu pun penyokong PR yg naikkan bukan professional yg korang agung2kan tu yg masa PRU12 dulu menyorok sebab takut. Aku nak beri peringatan pd 2 org tu jgn sampai next election korang 2 org jatuh terjelepuk di IJOK & GOMBAK. Parti mesti menguasai kerajaan.Takbir
Post a Comment