KONGRES PKR ...LIVE !!! -----> cakkk kat sebelah
Hari terakhir perbahasan Kongres LIVE .... !!!!
Jadual 3 hari KONGRES - DISINI
---------------

HOME [no2umno]

Oct 31, 2008

PKNS: Kenyataan Media AMK Selangor

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor

30 Oktober 2008

Perlantikan Madam Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS adalah bersifat sementara dan seharusnya diterima dengan hati terbuka.

AMK Selangor berpendapat perlantikan Puan Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS hanya bersifat sementara mendapatkan pengganti jawatan itu yang kosongkan atas persaraan Dato’ Harun Salim. Kemungkinan jika pengganti yang sesuai akan diperolehi, maka Puan Low akan memegang jawatan Timbalan Pengurus besar Akaun dan Korporat semula.

Tindakan Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam perkara ini sememangnya menjadi persoalan berbagai pihak samada dari rakyat negeri Selangor sendiri, parti-parti komponen Pakatan Rakyat mahupun juga pihak pembangkang, UMNO dan Barisan Nasional.

Persoalan ini tidak akan timbul sekiranya isu persaraan Dato’ Harun sebagai Pengurus Besar dapat ditangani dengan menyediakan calon-calon yang berkarisma dan sesuai dicari sebelum tibanya saat-saat akhir beliau bersara pada hari ini. Mengapakah pengganti Pengurus Besar PKNS ini tidak dicari sekurang-kurangnya 3 atau 4 bulan sebelum 30hb Oktober 2008?

Ini menunjukkan bahawa pentadbiran PKNS dan Kerajaan negeri Selangor kurang kemas dan tidak membuat perancangan yang rapi dalam menyelenggarakan permasalahan ini. Ini diumpamakan seperti mengambil pepatah Melayu “Rumah Siap Pahat Berbunyi”. Menteri Besar disaran agar melaksanakan perancangan seperti konsep “Plan, Do, Check, Action (PDCA)” dalam membuat semua perancangan-perancangan yang melibatkan kepentingan rakyat dan pentadbiran.

Permasalahan seperti ini tidak akan berlaku sekiranya Kerajaan negeri Selangor dapat memahami dan mempraktikkan konsep “Effective Change Process Management” dalam menguruskan perkara-perkara yang memerlukan pertukaran dalam pengurusan tertinggi “GLC” @ syarikat berkepentingan negeri.

AMK Selangor menyarankan, agar semua pihak bertenang dan memandang perkara ini sebagai suatu perkara yang positif. Usahlah dimainkan sentimen perkauman dan menyemai rasa benci sesama rakyat jika sesuatu tindakan radikal dan sensitif diambil dalam menangani sebarang perancangan atau tindakan diambil.

Memang sudah menjadi tradisinya, Pengurus Besar PKNS adalah dari seorang lelaki dan berbangsa Melayu sejak penubuhan PKNS bermula pada tahun 1964. Tetapi dalam perkara ini, Puan Low hanya dilantik sebagai Pemangku Pengurus Besar dan hanya diberikan kontrak tidak lebih dari 1 tahun!

AMK Selangor berkeyakinan bahawa Tan Sri Khalid mempunyai alasan yang amat kukuh dan agenda yang tersendiri dan berfaedah dalam membuat keputusan itu. Kami juga berpendapat beliau adalah seorang ahli korporat Melayu yang bukan calang-calang pemikirannya, pandangannya dan tindakan beliau dalam membuat keputusan yang amat penting seperti itu. Harapan besar kami agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya bagi mengatasi dan mencari formula terbaik dalam menyelesaikan kemelut kerugian PKNS yang dianggarkan bernilai berbilion ringgit yang dilaporkan sebelum ini.

AMK Selangor menyeru rakyat negeri Selangor agar berfikir dengan sewarasnya dalam membaca berita-berita yang sensasi dalam isu yang digembar-gemburkan oleh media sejak awal minggu ini. Kita kena berfikiran positif dan pro aktif dalam menerima dan memberi pandangan dalam sesuatu perkara dan isu. Sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum, kita seharusnya menghormati perasaan tidak ketentuan dalam menangani isu perkauman yang sudah mula disiram dan diheboh-hebohkan oleh pihak yang suka menangguk di air keruh.

Rakyat negeri Selangor seharusnya bersyukur kerana mendapat seorang Menteri Besar yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran korporat dan pentadbiran. Di samping itu, agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang telah di bawa oleh beliau adalah tidak lain dan tidak bukan untuk membantu keseluruhan ekonomi rakyat di negeri Selangor ini tanpa mengira kaum, taraf hidup dan jantina.

Namun, amatlah diharapkan agar Tan Sri Khalid dapat menyelesaikan permasalahan ini dengan sebaik-baiknya agar semua pihak terutama rakyat negeri Selangor akan berpuas hati dan mendapat faedah dengan agenda-agenda beliau. Bak kata pepatah Melayu lagi seperti menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik elok dan tepung pula tak bertaburan.

Yang paling penting bagi AMK Selangor adalah agar keputusan yang telah diambil oleh Menteri Besar ini akan dapat membuatkan PKNS memperolehi keuntungan yang lebih lumayan dibandingkan sebelum ini. Dengan keuntungan itu, rakyat negeri Selangor akan dapat memperolehi hasil dan faedah yang sebaiknya. Selari dengan falsafah penubuhan PKNS itu sendiri “Kemajuan Untuk Rakyat”.

“Harapan Baru Untuk Selangor dan Malaysia”

Mazli Saring
Ketua Penerangan AMK Selangor
melalui email

3 comments:

Putra IJ80 said...

Yang paling penting bagi AMK Selangor adalah agar keputusan yang telah diambil oleh Menteri Besar ini akan dapat membuatkan PKNS memperolehi keuntungan yang lebih lumayan dibandingkan sebelum ini.

Tak payah ajar itik bernang.

Yang penting bagi AMK,

Jaga kolam sendiri.

Tu...yang kat Johor,(Kg.Pelitong)
apa sudah jadi???

Pandai sangat lah,suruh serigala jaga ternakan.

Habis Melayu kat kampong tu terinaya.

Anonymous said...

Indraputra ni patut la kena lelong oleh Selangor...last2 kena kutip dengan Kelantan. Dapat lagi main bolasepak..itupun kalau takde masalah lah..atau tak dapat gaji kemudian hari.

Kalau dah nama AMK Selangor, memanglah kena jaga kepentingan negeri Selangor!!!!!!

Buat apa nak jaga dan hirau negeri Johor kat mana tu.......... Klentong Besar. Negeri UMNO Darul takzim!!!!

Lain kali kalau nak komen orang kenalah cek betul2 kena tak ayat sendiri weh.....

Kalau tak silap kawanlah..Ketua Penerangan AMK Selangor ni bukan calang-calang orang gak. Belajar tinggi dan hasil ITM dan UiTM yang MB Selangor nak bagi kuota 10 % kat orang bukan Bumiputera.

Kawan lihat ramai2 AMK Selangor yang berani,guna otak dan ilmu nak buat kenyataan adalah Ketua Penerangan AMK Selangor ni. Lagipun dia ni satu 'batch' dengan Ezam dan rakan2 lama yang dah tukar bendera UMNO. Bagusnya dia masih kekal dengan PKR dan sanggup menolong AMK Selangor yang banyak masalah selepas PR menang negeri Selangor awaee2 2008.

Kawan banyak baca kenyataan-kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh beliau dapat kita belajar dan manfaat tentang idea dan bacaan politik. Dia ni suka studi dalam penulisan beliau.

Apa2 pun, syabas sdr mazli. Kawan dengar anak jati Sungai Besar sekampung dengan Khir Toyo..Jangan dok pakat dengan Khir Toyo PRU akan datang sudahlah.

Budak2 AMK ni bukan boleh harap sangat!!! Pantang kena umpan RM$$$$$ mula hilang arah.

Kalau Mazli ni pun nak ikut jejak Ezam....kawan pulas2 cukup jawa sorang ni bagi cabut telinga.

Dengar2 wak raden ni pun jawa sungai besar jugak...boleh pakai ke????

Koi orang Pahang tapi dah tinggal 10 tahun kat Selangor. Agak2 orang Selangor ke Indraputra ni??? Awok orang mana Indra...macam orang Perak je..

"Mat Komando"

radenjowo said...

Wak raden orang Johor wooo .. jangan main main, sarang UMNO tu.

Posting terkini

Blog Archive