harakah | .... Di Kelantan dua kali perhimpunan di kalangan ahli yang tidak puas hati diadakan. Baru-baru ini wanita Umno Rantau Panjang dan Umno Kubang Kerian membantah ketidakadilan yang berlaku.
Dan petang ini lebih 300 Pemuda Umno dari Bahagian Kubang Kerian berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Umno Negeri.
Mereka menuntut Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Umno Negeri menyiasat secara telus dan adil sebanyak 40 aduan salah laku pengendalian mesyuarat cawangan yang didakwa berlaku di bahagian itu.Image
Kumpulan itu juga membantah pembatalan pencalonan Mohd Syahbuddin Hashim, 28 yang sebelum ini mendapat sokongan cawangan bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda.
Syahbuddin ketika ditemui pemberita berkata, antara kesalahan yang dikesan berlaku antaranya pembatalan mesyuarat tanpa sebarang alasan dan mesyuarat disahkan walau pun hanya dihadiri dua orang ahli.
"Pencalonan saya pula dibatalkan tanpa sebab yang munasabah sebaliknya hanya kerana kesilapan taknikal yang tidak dimaklumkan, sedangkan saya telah melepasi kelayakan bertanding setelah mendapat 23 pencalonan cawangan," katanya. ... selanjutnya.
no2umno - UMNO pun tipu ahli nya. Bila kena batang hidung ... UMNO tak pandai nak sedar.
NAK BLOCK BUAT APA.
21 minutes ago
1 comments:
Begitu lah, Allah s.w.t .,amat mengatahui apa yg.di rahsiakan,apa yang di zahirkan dan apa yg.kita usahakan.
Selama ini bila rakyat mengadu membantah akan penipuan,,dan ketidakadilan (UMNO-BN),mereka buat endah tak endah ,malah ada yg.di zalimi.
Sekarang mereka dapat merasakan bilamana terjadi pada diri sendiri.,sebagai peringatan.
Mahukah mereka mengambil iktibar dari kejadian itu?
Sasungguhnya azab Allah amat perit.
Post a Comment